Seni & Sukan 13 Sep, 2021

Video| Cinta tiga segi! Lelaki nikahi 2 gadis sekali gus dalam seminggu! Mas kahwin 1.5g emas!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

Jekklip bersama Linda Herlina (kiri) dan Vivin (kanan). - Kredit foto: Tribun Solo


SIAPA sangka, cinta tiga segi yang disemai oleh seorang lelaki terhadap dua gadis berakhir dengan kebahagiaan apabila lelaki yang bernama Jekklip, 24, berasal Desa Muara Saling, Kecamatan Saling, Empat Lawang, Sumatera Selatan melangsungkan perkahwinan dengan kedua-dua gadis terbabit.

Menariknya, majlis perkahwinan telah diadakan dalam tempoh seminggu dengan mas kahwin sebanyak 1.5 gram emas setiap seorang.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bermadu

JEKKLIP Menikah Linda Herlina (kiri) dan Vivin (kanan) sekali gus dalam masa seminggu dengan mas kahwin 1.5 gram emas kepada masing-masing isterinya. - Kredit foto: detikNews


Jekklip yang berkerja di sebuah restoran di Jakarta Barat akan membawa kedua-dua isterinya iaitu Linda Herlina, 20, yang tinggal di Rejang Lebong, Bengkulu dan Vivin, 19, berasal Desa Muara, Saling untuk tinggal bersama-sama di sebuah rumah di sana.

Lelaki itu melangsungkan perkahwinan pertamanya dengan Linda pada 2 September 2021 kemudian seminggu selepas itu, dia bernikah pula dengan isteri keduanya iaitu Vivin pada Khamis. 9 September 2021 yang turut dihadiri Linda serta ahli keluarganya.


JEKKLIP serta dua isterinya bergambar kenangan bersama rakannya selepas melangsungkan perkahwinan mereka. - Kredit foto: detikNews



Menceritakan perkenalan kedua-dua isterinya, Jekklip berkata dia mula mengenali dan berkasih dengan Linda pada 2020 kerana ketika itu dia bersama-sama berkerja di Jakarta Barat.

Manakala Vivin yang tinggal sekampung dengannya, tetapi dia mula terpikat dan berkawan mesra dengan isteri kedua itu pada Julai 2021

Laporan detikNews pada 10 September 2021 lalu menyebut akibat cinta tiga segi yang dilalui mereka mengakibatkan Jekklip menjadi serba salah dan bimbang jikalau meninggalkan salah seorang dari dua gadis itu akan terluka serta hidup merana.

Ketika itu, fikiran Jekklip juga tidak tenang serta jiwanya tidak tenteram kerana dia amat menyayangi kedua-dua kekasihnya di samping seboleh-bolehnya dia tidak mahu melupakan antara Linda dan Vivin.



LINDA dan Vivin ketika ini tinggal di Desa Muara Saling, Empat Lawang  tetap merasa bahagia meskipun terpaksa hidup bermadu kasih dan sayang daripada suami. - Kredit foto: detikNews


Lantaran itu, Jekklip sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab telah mengajak Linda dan Vivin untuk berjumpa dan berbincang mengenai hubungan mereka agar diselesaikan sebaik mungkin.

``Awalnya saya terfikir juga bimbang akan bergaduh antara kami bertiga berpunca kesilapan daripada saya sendiri yang mempunyai kekasih dua orang gadis dan masing-masing telah menaruh harapan pada saya. 

``Tapi tak sangka saya, rupa-rupanya Linda dan Vivin masing-masing bersetuju berkahwin dengan saya dan sanggup pula hidup bermadu,’’ katanya kepada wartawan detikNews.

Pernikahan mereka viral dari sebuah video memperlihatkan Jekklip menikah dua isteri sekali gus dalam masa seminggu dan pengantin lelaki pada wajahnya gembira selepas akad nikah di kediamannya selain kedua-dua isterinya masing-masing bahagia berada di sisi Jekklip.

``Sekarang kami sudah menikah dan saya akan membawa kedua-dua isteri ke Jakarta Barat untuk tinggal sebumbung dan doa yang baik-baik untuk kami supaya hidup aman serta selamat rumah tangga kami,’’ katanya. - KitaReporters



Kredit Foto : detikNews

15
9
0
9
0
You will be interested