Seni & Sukan 22 Jan, 2021

Netizen kongsi status, gambar lucu dalam Facebook! Mampu redakan tekanan PKP 2.0! Haaa masuk!

@nur ain darwishah
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan.

Share this


Kredit foto-foto: FB @Dee Hashim


Setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk menghilangkan rasa bosan yang menyelubungi diri lebih-lebih lagi ketika dalam frasa pandemik COVID-19 yang masih belum menunjukkan tanda-tanda akan berakhir.  Hampir seluruh negara kecuali Sarawak kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 berikutan peningkatan kes diluar kawalan. 


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan lucu:

https://kitareporters.com/search?search=lucu


Ada kalangan warganet mula melakukan pelbagai aktiviti untuk menghilangkan tekanan berkurung dalam rumah. Antaranya berkongsi status tangkap layar warganet lain yang agak lucu dan menghiburkan.

Idea kreatif dan rekaan kata jenaka dan melucukan dalam pelbagai situasi mampu meredakan tekanan perasaan individu lain. Masalah yang serabut dalam benak fikiran juga boleh dilupakan walaupun untuk sementara waktu.



Ketika pelaksanaan PKP 1.0 bermula 18 Mac 2020, kita sudah diperlihatkan dengan pelbagai aksi melucukan kalangan rakyat Malaysia bagi menghilangkan rasa bosan terpaksa berkurung di rumah. 

Ada juga yang memanfaatkan tempoh itu dengan melakukan aktiviti berfaedah seperti bercucuk tanam dan membuat perabut daripada bahan terbuang. Ketika ini jugalah hubungan kekeluargaan dapat diperkukuhkan.

Kini, memasuki Fasa 2.0 PKP, ada kalangan warganet mula memuat naik pelbagai kisah menarik untuk dikongsi bersama termasuk status jenaka dan melucukan.




Seorang pemilik akaun Facebook dengan nama Dee Hashim dilihat kerapkali memuat naik status tangkap layar warganet lain berunsur jenaka sehingga membuatkan penguna Facebook turut meninggalkan komen melucukan.

Ketika dihubungi penulis yang bertanya mengapa beliau suka berbuat demikian (memuat naik status orang lain), Dee berkata, dia sekadar mahu menghiburkan pengguna Facebook.



"Kita berdepan dengan situasi yang dilihat boleh menjejaskan mental dan fizikal kita iaitu berdepan musuh (COVID-19) yang tidak nampak, apa salahnya sesekali kita berhibur untuk seketika," katanya.

Jom kita redakan tekanan dan menghilangkan rasa bosan dengan membaca status melucukan ini. Mana tahu ia dapat mengurangkan tahap 'stres' kita untuk sementara waktu.

Antara perkongsiannya:


🤣🤣🤣🤣🤣 Hahahahahahaha 🤣🤣🤣 

Cikgu Ayu:  Esok bawa pensel warna

Mak 1: ok 

cikgu. Tq. 

Mak 2: Brand ape pun tak kisah kan cikgu? 

Mak 3: Seeloknya jenama luna, sebab kualitinya cantik. 

Mak 2: Tapi haritu dah terbeli yg jenama Swan. 

Ayah 3: Cikgu, boleh mtk jadual. Jadual anak sy hilang. 

Mak 1: kan jadualnya cikgu ada bagi kat atas2 tu, cuba scroll. 

Ayah 3: tu jadual kelas ni ker? 

Mak 3: Sy ade ltak jadual dlm beg anak sy. Tp anak sy ckp Muzamil koyakkan. Bkn marah tp sy sgt sedih sbb anak sy baik tak pernah kcu org. Kat rumah die selalu tlg kemas stor dan cuci pinggan mangkuk. Harap parent lain dpt nasihatkan anak2 ye. 

Ayah 4: sy ayah Muzamil. Muzamil ckp die xbuat. 

Mak 3: so encik igt sy buat cerita la? Sy xkesah pun tp sy tau anak sy mcm mn. Jgn igt sy xtaw apa yg berlaku kat skolah. Anak sy slalu balik mengadu mcm2! 

Mak 4: sy mak Muzamil. Hey pompuan, ckp elok ckit! %/@=-+)/(44:+)75)@+44) you!! 

Mak 5: open order Karipap frozen janda belakang rumah, satu pax rm10. 

Mak 6: cikgu esok sabtu sekolah cuti kan? 

Ayah 2: cikgu, nanti asahkan colour pensil anak saya, pengoreknya hilang ni. 

Mak 7: *sent voicemail 

Mak 7: *sent voicemail 

Mak 7: *sent voicemail 

Mak 7: sory anak main fon. 

Mak 7: _This message has been deleted_ 

Ayah 8: maaf, sy ayah hamzah. Hamzah ckp cikgu kelas baik orgnye. Mcm bekas isteri sy. Klu ad masa reply pm sy ye cikgu. Bkn ape, nk tanye kerja rumah je. Lgpun sy ajak cikgu naik kete ptg td cikgu taknak. Ye sy faham kete sy kecik, tp percayalah cikgu, sy sanggup berusaha lebih demi kita. 

Cikgu kelas: _Cikgu kelas has left the group_ 😂😂😂










Dalam situasi hari ini dengan gaya hidup norma baharu, kita tidak lagi bebas ke sana ke mari. Banyak SOP perlu dipatuhi. Adalah lebih baik kita diam di rumah jika tiada keperluan mendesak untuk keluar.  

Jaga keselamatan diri dan anak-anak serta patuhi arahan kerajaan dalam usaha mengekang wabak COVID-19 daripada terus bermaharaja lela di muka bumi ini. 

Semoga kita semua terus selamat dan kekal sihat. - KitaReporters


1
0
0
3
0
You will be interested