Seni & Sukan 29 Aug, 2020

Cawangan bank dibina di kawasan kontang! Jauh di pedalaman!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

LAZIMNYA operasi perbankan dilakukan di tengah bandar, maklumlah di sana semua ‘benda’ ada dan keadaan itu memudahkan rakyat berurusan. Namun berbeza di Mexico apabila sebuah bank Banco del Bienestar membuka cawangan baharunya  jauh di pedalaman dan terletak jauh di ceruk dunia. : KitaReporters

TERPAKSA dibina jauh di pedalaman demi memudahkan pengguna berurusan dengan bank. Kredit foto: Odditycentral.com


Lagi cerita-cerita dari Mexico:

https://kitareporters.com/search?search=mexico


Aikss ni betul-betul pelik, kerana operasi bank merupakan tulang belakang dan tunggak kepada pembangunan sesebuah negara dan semestinya beroperasi di pusat bandar.  Namun Presiden Mexico, Andrés Manuel López Obrador memiliki ‘jawapan’ tersendiri dengan pembinaan cawangan baharu itu.

Memetik portal odditycentral.com, walaupun menimbulkan keraguan dalam kalangan penduduk Mexico dan menyebabkan dikecam teruk oleh rakyat kerana dianggap tidak waras selain merugikan wang kerajaan kerana membangunkan bank berkenaan di lokasi yang sukar diakses pelanggan.

Maklumlah cawangan bank berkenaan dibuka di tengah-tengah kawasan kosong, hanya tanah kontang serta belukar, dan hanya sebuah bangunan itu sahaja  yang wujud di kawasan tersebut.

BAHARU siap dibina dan akan beroperasi sepenuhnya Oktober ini.


Rupanya bukan saja-saja beliau membuat keputusan berkenaan! Sebaliknya pembinaan cawangan itu bersebab dan dilakukan bertujuan membantu memudahkan rakyatnya mengakses kewangan di bank berkenaan.

Aikss cam mana nak bantu rakyat jika dibina di kawasan jauh dari bandar, sekali gus menyusahkan rakyat terpaksa melalui jalan sukar semata-mata mahu berurusan di bank berkenaan.

Wakil bank Mario Saldaña, memberitahu pembinaan bank tersebut sepatutnya dibina Nuevo Casas Grande kawasan bandar kecil dalam daerah Chihuahua tapi ditangguhkan selepas Datuk Bandar, Héctor Mario Galaz tidak memberi keizinan menggunakan plot tanah di kawasan tersebut.


Keadaan itu sekali gus menyebabkan pihak bank tiada pilihan selain menerima sebidang tanah yang diberikan oleh pihak tentera Mexico walaupun terletak jauh di tengah hutan.

Nasib baik pihak bank pantas menerima jika tidak terpaksa menunggu tempoh lama untuk pembinaan bank di bandar tersebut.

Keadaan itu bakal menyusahkan rakyat kerana penduduk langsung tidak dapat berurusan dan mengakses kewangan mereka.

Logiknya tak kan bank di benarkan beroperasi di tengah hutan kan??

Tapi bagusnya pembinaan bank berkenaan ‘di hujung dunia itu’ kerana akan wujud pembangunan baharu di kawasan berkenaan. Malah, tidak mustahil kawasan itu akan maju dengan pembangunan tidak lama lagi.

Sebab itu jangan kecam dulu…semua itu bersebab! - KitaReporters

10
4
2
2
1
You will be interested