DIJANGKA menimang cahaya mata pertamanya bulan Oktober 2020 depan, pelakon Fattah Amin sudah pun bersiap sedia menyambut pewaris keluarganya itu dengan sebuah ‘hadiah’ khas. Wah! Untungnya apabila dilahirkan sebagai anak sulung kan? Apa agaknya hadiahnya? - KitaReporters
Lagi cerita-cerita berkaitan Fattah Amin:
https://kitareporters.com/search?search=fattah+amin
Pelakon ‘Pink Smile’ ini bakal muncul dengan single Islamik berjudul ‘Kiriman Agung’, hasil ciptaan Hafiz Hamidun dan lirik bersama Fedtri Yahya yang dibuah khas untuk anakanda tersayang yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Memuji dan mensyukuri nikmat Illahi dizahirkan dengan menyebut Asma’ul Allah, tiada apa yang lebih terbaik selain berdoa dan bermunajat kepada Allah.
Lafaz kesyukuran ini juga menceritakan keberadaan pasangan romantis, Fattah Amin dan isterinya, Nur Fazura, sentiasa tabah dan terus berdoa untuk menerima kurniaan pewaris keluarga yang bakal menambahkan ikatan kasih sayang yang telah setia terjalin antara mereka.
“Lagu ini adalah hadiah buat anak yang bakal dilahirkan tidak lama lagi, Insya-Allah. Lagu ini lebih kepada doa dan harapan seorang ayah untuk zuriat yang bakal dilahirkan. Bagi saya, lagu ini bukan saja untuk saya, tapi juga buat mereka yang bakal bergelar bapa.
“Untuk lagu ini keseluruhan idea dan konsep datang daripada saya. Saya bagi ‘direction’ kepada Hafiz dan Fedtri untuk buat lagu ini. Saya ceritakan pada mereka macam mana yang saya mahukannya. Jadi, secara asasnya lagu ini lahir dari hati saya untuk disampaikan pada pendengar,” cerita Fattah yang nampak cukup teruja menanti ketibaan si kecil.
Malah, lagu terbitan syarikat rakaman Universal Music Malaysia itu juga adalah percubaan pertama Fattah, atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin menyanyikan lagu dalam genre nasyid atau ketuhanan.
Lebih menarik, pada 14 September 2020 lalu, adalah hari kelahirannya yang ke-30 di mana isteri tersayang, Fazura membuat kejutan sambutan hari jadi Fattah yang dikongsi melalui Instagramnya dan memuat naik video ucapan 'Happy Birthday Husbaby!.
Sweet kan?
Apa pun, Fattah yang juga penyanyi lagu 'Wanita Terindah' memberitahu, tercetusnya idea menghasilkan lagu “Kiriman Agung’ timbul selepas dia melancarkan lagu ‘Bebas’.
“Selepas lagu Bebas yang mengangkat tema semangat dan inspirasi, dari situ saya terfikir nak buat pula lagu ketuhanan iaitu genre yang belum pernah saya buat. Dan apabila saya sampaikan idea berkenaan pada Universal Music Malaysia, saya fikir kenapa tidak buat lagu yang kena dengan keadaan saya sekarang. Apabila ia dipersetujui, saya pun terus sampaikan idea pada Hafiz yang juga penerbit lagu ini,” ujar Fattah yang yakin kombinasi antara muzik, lirik dan lontaran vokalnya mampu menjadikan naskhah tersebut lebih bermakna dan bermanfaat buat semua pendengar.
Berkongsi mengenai genre lagu ini, Fattah yang juga pelakon filem 'Special Force' menyifatkan ia peluang terbaik untuk dirinya memulakan genre itu pada masa akan datang waima merakamkan lagu genre itu memberikan pengalaman baharu buat diriya sebagai penyanyi.
“Sebenarnya saya sudah lama nak nyanyi lagu ketuhanan atau Islamik. Tapi, ini pertama kali dapat peluang daripada Universal Music Malaysia dan dapat pula berkolaborasi dengan Hafiz Hamidun dan Fedtri Yahya.
“Saya berasakan ia peluang terbaik buat saya untuk mulakan dengan genre ini. Malah, kalau ikutkan juga saya sudah lama nak buat lagu ini, tapi belum ada waktu sesuai. Jadi, apabila dapat masa terbaik saya putuskan untuk merakamknnya.
“Nak cakap susah atau tak, tentu saja susah. Apatah lagi ini percubaan pertama saya sebab tak pernah nyanyi lagu bergenre ini. Tapi, alhamdulillah dapat tunjuk ajar daripada penerbit. Jadi, kami bersama-sama berusaha sehabis baik dalam menghasilkan lagu ini. Alhamdulillah, saya puas hati dengan hasilnya yang cukup terbaik,” sambungnya lagi.
Sama seperti single yang dihasilkan sebelum ini, Fattah juga meletakkan harapan agar lagu itu dapat diterima baik pendengar muzik tempatan.
“Tentu saja saya mengharapkan yang terbaik daripada pendengar. Walaupun saya masih baru untuk genre ini, tapi saya sudah buat yang terbaik. Jadi, saya harapkan yang terbaik juga daripada pendengar," tambahnya.
Daripada komen yang dibaca, katanya, banyak memberikan maklum balas positif, sekali gus membuatkannya rasa bersemangat dan yakin.
‘Genre seperti ini sebenarnya masih ada peminat dan pendengar. Mereka juga doakan yang baik-baik buat saya dan zuriat yang bakal dilahirkan,” ujar Fattah yang turut memberitahu perancangan ke arah menghasilkan video muzik lagu tersebut sedang diusahakan.
Jika korang belum dengar, lagu “Kiriman Agung” sudah boleh didapati di platform digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music.
Moh! Kita layan video lirik lagu ini dahulu…. - KitaReporters