Seni & Sukan 27 Sep, 2020

Program Minda Bersih! Pemuda, Puteri Besut bantu komuniti!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.-komunitimadanijertih@gmail.com

Share this

KEDAIFAN hidup warga emas yang tinggal di sebuah rumah buruk dan uzur akhirnya mendapat perhatian pelbagai pihak yang bersimpati dengan nasib keluarga berkenaan apabila rumah yang didiaminya dibaik pulih. Usaha membantu sedemikianlah wajar diketengahkan dan diutamakan dalam dada-dada media. : KitaReporters

Ahli Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Besut menyertai gotong royong membersih rumah warga emas di Kampung Limbongan,Besut.


Lagi cerita-cerita berkaitan Idris Jusoh:

https://kitareporters.com/search?search=idris+jusoh


Abd Razak Mohamed, 79, dari Kampung Limbongan, Besut, Terengganu bersyukur kerana masalah kehidupan keluarganya yang tinggal di rumah uzur diberi perhatian oleh pihak yang bersimpati dengannya.

Kehadiran ahli Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Besut menerusi program Minda Bersih dengan mengadakan kerja gotong royong membaik pulih dan membersih rumah berkenaan melegakan warga emas tersebut.

Abd Razak dan isterinya yang tinggal bersama lapan anak di rumah tersebut tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira apabila sekumpulan anak muda tampil mengubah wajah rumah yang usang dan uzur menjadi ceria selepas dibaik pulih dan persekitaran rumah dibersihkan.

Rumah warga emas yang uzur selepas dibaik pulih secara gotong royong royong dalam Program Minda Bersih


Beliau yang tidak bekerja kerana uzur hanya mampu melihat keadaan rumah dan terpaksa tinggal dalam keadaan tidak selesa bersama ahli keluarga sejak beberapa tahun lalu kerana tidak mampu membaikinya.

Keluarga terbabit juga beruntung apabila Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh turut menyumbangkan peruntukan RM10,000 untuk kerja-kerja membaik pulih rumah terbabit.

Malah, Idris yang juga Pengerusi FELDA turut bersama ahli Pemuda dan Puteri dalam kerja gotong royong tersebut.

Sebahagian sukarelawan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Besut yang menyertai program gotong royong membaik pulih rumah warga emas


Ketua Pemuda UMNO Besut, Rozaini Rasli berkata, pihaknya terpanggil untuk mengadakan kerja gotong royong membaik pulih dan membersih persekitaran rumah berkenaan. 

Katanya, pihaknya juga amat menghargai perhatian Ahli Parlimen Besut yang menyediakan peruntukan khas bagi kerja membaik pulih rumah tersebut.

“Penyertaan ahli Pemuda dan Puteri dalam program Minda Bersih itu membuktikan golongan muda juga amat prihatin dalam membantu komuniti,” katanya.

Sukarelawan melakukan kerja pembersihan rumah warga emas di Kampung Limbongan Besut.


Beliau berkata, program Minda Bersih akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha Pemuda dan Puteri mendampingi masyarakat selain membantu mereka yang memerlukan bantuan. - KitaReporters

7
2
0
0
0
You will be interested