Seni & Sukan 03 Nov, 2021

Nona Penggaram dekati kaum Hawa! Bantu keluarga asnaf, ibu tunggal, miskin dalam DUN Penggaram!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

Penubuhan Nona Penggaram tercetus daripada idea Timbalan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Johor, Zaidi Japar.


KEWUJUDAN pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Nona Penggaram memberi impak yang besar dalam kerja kebajikan dan diterima oleh penduduk khusus kaum Hawa di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggaram, Batu Pahat, Johor, selepas ditubuhkan 21 Jun 2021 lalu.

NGO yang tercetus daripada idea Timbalan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Zaidi Japar, dianggotai pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa itu bergerak aktif malah menjadi tulang belakang kepada Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN (JPKD) Penggaram, Batu Pahat.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan JPKD Penggaram

Suraya bersama-sama pelbagai barangan keperluan asas dalam misi menghulurkan bantuan kepada keluarga yang terkesan kerana pandemiik Covid-19.


Pengerusi Nona Penggaram, Suraya Abdul Kahar, berkata selain membantu dan bekerjasama dengan jawatankuasa berkenaan NGO itu lebih ke arah untuk menjaga kebajikan kaum Hawa daripada dalam kalangan asnaf, ibu tunggal, keluarga miskin termasuk mualaf dan sebagainya yang terkesan dengan pandemik Covid-19

Menurutnya, kewujudan Nona Penggaram bertepatan dalam situasi negara dilanda pandemik Covid-19 dan antara menjadi fokus utama ialah turun padang untuk membantu meringankan bebanan mereka yang terkesan dengan penularan wabak penyakit berbahaya itu.

Tambah beliau, ramai ketua keluarga hilang pekerjaan yang sekali gus mereka tiada punca pendapatan untuk menanggung isteri serta anak dan keadaan itu amat terdesak kepada dalam kalangan asnaf, ibu tunggal, keluarga miskin termasuk mualaf.



“Hasil sumbangan barangan makanan keperluan asas harian pelbagai pihak dan dana khusus daripada JPKD Penggaram kami mengumpul maklumat dan mengambil tindakan segera mengagihkan kepada mereka terbabit. 

“Begitu juga kepada mereka yang ditimpa musibah seperti menjadi mangsa bencana alam termasuk banjir kilat, ribut, tanah runtuh dan sebagainya Nona Penggaram akan turun ke tempat kejadian bagi menghulurkan bantuan,” katanya.

Antara ahli jawatankuasa Nona Penggaram yang terdiri pelbagai kaum ialah Timbalan Pengerusi, Yap Chiew Peng; Naib Pengerusi 1, Muhaya Marzuki; Naib Pengerusi 2, Angela Thangavelu; Setiausaha, Norazah Zainal; dan Bendahari, Norazira Abd Aziz.

Manakala barisan 10 ahli Nona Penggaram pula ialah Biro Sukan & Rekreasi  (Rasyidah); Biro Hal Ehwal Agama (Fauziah); Biro Kebajikan & Komuniti  (Asmah & Norizan); Biro Komunikasi & Promosi (Asaliwa); Biro Keceriaan & Kebersihan (Mashita & Jamaliah); Biro Jemputan & Protokol (Rozita); Biro Pembangunan Latihan (Deanna); dan Biro Tugas-Tugas Khas (Rafiah).


Suraya (dua dari kanan) bersama-sama sebuah keluarga yang menerima bantuan dari Nona Penggaram. 


Suraya berkata, bagi menambah keberkesanan dalam aktiviti kemasyarakatan Nona Penggaram akan bergerak seiring dengan JPKD seperti membantu dalam mengagihkan bantuan barangan keperluan asas serta terbabit secara langsung dalam program komuniti seperti Sambutan Bulan Kemedekaan, Hari Malaysia dan program kempen derma darah serta bubur asyura baru-baru ini.

Menurutnya, dengan adanya pembabitan Nona Penggaram, ia akan menjadi daya tarikan kepada kaum Hawa untuk menyertai program yang diadakankan itu terutama membabitkan generasi muda pelbagai bangsa.


Suraya menghulurkan sumbangan Nona Penggaram kepada sebuah keluarga Tionghua.


Jelas Suraya, dalam program komuniti sebagai contoh dalam DUN Penggaram kita mengetepikan soal politik, Nona Penggaram mahukan semua masyarakat di kawasan itu terbabit secara langsung dalam aktiviti yang diadakan.

“Nona Penggaram tidak mahu wujud penghalang antara masyarakat berbilang kaum apabila membabitkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan dan kerana itulah program bantuan makanan asas kepada beberapa NGO Melayu, Tionghua, Sikh dan Kristian berjaya dilaksanakan.

“Setakat ini masyarakat berbilang kaum memberi sambutan baik dan bersikap terbuka serta positif apabila didampingi Nona Penggaram termasuk untuk mengetahui permasalahan yang mereka hadapi bagi membolehkan tindakan segera dilakukan,” katanya. - KitaReporters


22
12
0
15
0
You will be interested