Seni & Sukan 07 Dec, 2021

35 pengayuh beca terima sumbangan barangan keperluan dapur! Terima kasih Terengganu Inc, KT Care!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Seorang pengayuh beca menunjukan tanda bagus ketika menerima sumbangan barangan keperluan.


MUSIM tengkujuh yang kerap melanda di negeri-negeri Pantai Timur pada setiap hujung tahun memberi kesan kepada golongan petani, nelayan dan pekebun kecil kerana mereka tidak dapat melakukan pekerjaan menyebabkan pendapatan mereka terjejas.

Selain itu, pengayuh beca yang mencari rezeki di atas jalan raya yang mengharapkan kedatangan pelancong sebagai sumber pendapatan harian turut menghadapi masalah sama disebabkan sukar untuk membawa pelancong.  

Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) berganding tenaga dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) KT Care dalam usaha membantu golongan pengayuh beca yang tidak dapat melakukan kerja-kerja harian pada musim tengkujuh. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pengayuh beca

Wan Sukairi Abdullah (kiri) menyantuni pengayuh beca di Kuala Terengganu


Anak syarikat Kerajaan Negeri dan NGO berkenaan turun padang menyampaikan sumbangan barangan keperluan bagi meringankan beban hidup pengayuh beca yang menjalankan aktiviti di Bandar Raya Kuala Terengganu.

Sumbangan berbentuk barangan keperluan harian seperti beras, telur, gula dan minyak masak nampak biasa sahaja, tetapi amat besar maknanya kepada golongan yang memerlukan terutama ketika berdepan musim tengkujuh. 

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri,  Wan Sukairi Wan Abdullah berkata usaha yang dilaksanakan Terengganu Inc dan KT Care itu sewajarnya dijadikan contoh dan seeloknya lebih ramai lagi NGO, pihak korporat dan individu berkemampuan tampil membantu.

Katanya, pengayuh beca terbabit tiada sumber pendapatan lain hanya meraih rezeki membawa pelanggan, menghantar barang dan membawa pelancong bersiar-siar. 

Pendapatan yang diperoleh hanya cukup-cukup makan, jadi eloklah kita sama-sama tampil membantu,” katanya.ketika menyampaikan sumbangan barangan berkenaan.pada Isnin 7 Disember 2021.


Wan Sukairi menyampaikan beras kepada seorang pengayuh beca


Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun berkata, sumbangan yang dilaksanakan sejak 2019 itu adalah sebahagian daripada inisiatif Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) pihaknya dalam memastikan kumpulan sasaran mendapat bantuan dan perhatian. 

Seramai 35 pengayuh beca di Pasar Payang, Kuala Terengganu mendapat rezeki hasil kepritahinan pihak berkenaan  sambil menzahirkan rasa terharu apabila ada pihak yang prihatin menghulurkan pelbagai jenis sumbangan termasuk wang tunai.

Terengganu Incorporated (Terengganu Inc) dan KT Care menghulurkan bantuan itu membabitkan jumlah keseluruhan RM10,000 semata-mata mahu meringgankan beban golongan itu.

“Sebelum ini, Terengganu Inc ada melancarkan ‘Terengganu Inc Food Bank’ di beberapa stesen minyak terpilih dengan peruntukan RM100,000 yang membekalkan bekalan makanan asas sehingga hujung tahun ini.

“Inisiatif-inisiatif lain termasuk sumbangan kewangan kepada kumpulan sasar,  mereka yang ditimpa bencana, membaiki rumah uzur dan membaik pulih surau,” katanya. - KitaReporters


Wan Sukairi (kiri)  beramah mesra dengan pengayuh beca di Kuala Terengganu

 

 

 

12
7
1
8
1
You will be interested