Seni & Sukan 29 Dec, 2025

Bicara Seni| Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza boleh catat rekod, sejarah? Dihadiri 100 ribu penonton?

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza ingin dijadikan konsert yang meninggalkan kenangan abadi kepada peminat penyanyi legenda itu dan memberi kenangan sepanjang hayat bagi Datuk Seri  Siti Nurhaliza.

/


Konsert yang bertaraf mega ini telah dirancang berbulan-bulan oleh pasukan yang dibentuk oleh SN Legacy iaitu salah satu syarikat milik Siti Nurhaliza, yang bertaraf mega bagi memperlihat kehebatan Siti Nurhaliza mampu bertahan sebagai insan seni popular negara selama 30 tahun. 

Menurut Siti Nurhaliza, bagi memberi keselesaan kepada penonton, hanya 60,000 tiket disediakan. Tiket-tiket mula dijual secara dalam talian sejak Oktober 2024. Dan sambutan hebat diterima.

Sejak awal penjualan tiket, tiket-tiket berarga RM69 dan RM89 habis terjual dan hanya tinggal sedikit untuk tempat duduk VIP/harga platinum berharga RM1,599.

Konsert yang dijangka bertaraf antarabangsa ini menjadi satu persembahan hiburan yang menjadi kenangan dalam sejarah negara.


Tetapi Siti Nurhaliza tidak mahu mencatatkan beberapa rekod bagi Konsert Legacy 30-nya.

Sepatutnya Siti Nurhaliza perlu mencatatkan rekod sebagai konsert paling ramai penontonnya di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Sepatutnya tiket yang disediakan adalah berjumlah 100,000 penonton bagi menjadikan Konsert Legacy Siti Nurhaliza kekal sebagai konsert paling banyak penontonnya untuk bertahun-tahun.



Siti Nurhaliza pernah mencatatkan rekod melalui konsert ‘Fantasia Tour’ pada 20 Jun 2004 dengan menghimpunkan 70,000 penonton. 

Konsert itu untuk mempromosikan album-album popularnya seperti ‘Siti Nurhaliza II’, ‘Cindai’ dan ‘Pancawarna’.

Jumlah penonton itu kekal selama 19 tahun, apabila rekod itu dipecah oleh band Coldplay dari Britain pada 20 November 2023.

Konsert ‘Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur’ mencatat tontonan 81, 812 dengan mencatat keuntungan kasar RM52 juta melalui konsert pertama di Malaysia.

Konsert ‘Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur’ pada 2023 mencatat penonton sebanyak 81,812 orang.

Dan rekod itu dipecah oleh pelakon Tamil terkenal yang juga ahli politik Vijay (Joseph Vijay Chandrasekhar), 51. 

Walaupun ia bukan konsert dan cuma majlis pelancaran audio filem ‘Jana Nayagan’, iaitu naskhah terakhir sebagai pelakon, ia berjaya menghimpun sekitar 85,000 peminatnya di SNBJ pada malam Ahad, 28 Disember 2025. 

Dan himpunan itu, tercatat di dalam Malaysia Book Of Record (MBOR).


/

Vijay berjaya himpunkan 85,000 peminatnya di SNBJ pada 28 Disember 2025

Jadi cadangan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza mempunyai lebih 100,000 tempat duduk perlu diberi perhatian agar mungkin menjadi rekod sepanjang zaman.

Tidak perlu mencetak tiket berbayar lagi. Sepatutnya Siti Nurhaliza memberi tiket percuma kepada peminatnya terutama dari kelab SitiZone yang tidak mampu membeli tiket yang mahal harganya.  

Sitizone yang ditubuh pada 24 Disember 2003 mempunyai lebih 300,000 ahli termasuk lebih 100,000 ahli di Indonesia. 

Setelah mewujudkan beberapa kerja amal untuk Sitizoner seperti mengadakan tabung Kebajikan, Siti Nurhaliza akan semakin dihargai dan disanjung jika memberi tiket percuma kepada ahli Sitizone (Sitizoner). Tiket hanya diberi di tempat duduk statik stadium yang masih kosong.



Memberi tiket percuma rasanya tiada masalah bagi pihak penganjur. Cuma perlu pemberitahuan kepada pihak pentadbir stadium dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. 

Harap ia menjadi kenyataan.

Bagi yang tidak dapat menonton Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza di SNBJ, tidak lama lagi SN Legacy dijangka akan menjual CD konsert itu atau akan disiar oleh mana-mana stesen TV yang berjaya memperoleh hak siaran. - KitaReporters

6
11
0
11
0
You will be interested