Seni & Sukan 10 Dec, 2022

Video| Piala Dunia 2022: Livakovic tunjuk jalan keluar kepada Brazil! Croatia mara ke separuh akhir!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


BRAZIL terpaksa menerima kekalahan yang memeritkan apabila disingkirkan melalui sepakan penalti 2-4 kepada Croatia dalam saingan suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 yang diadakan di Stadium Education City pada 9 November 2022.

Terikat 1-1 sepanjang 120 minit permainan, penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic terus menjadi watak penting apabila berjaya menggagalkan sepakan pemain Brazil. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Piala Dunia



Dalam perlawanan tersebut, Brazil jelas menguasai permainan dengan 11 percubaan tepat namun hanya satu gol sahaja terhasil sementara Croatia satu percubaan tepat satu gol.  

Livakovic menjadi mimpi ngeri kepada pemain Brazil apabila pelbagai percubaan dilakukan namun berjaya diselamatkan oleh beliau. 

Wakil Eropah itu lebih banyak bermain bertahan sepanjang perlawanan berlangsung sehingga menyukarkan pemain Brazil menembusi barisan pertahanan mereka. 



Jaringan pertama terhasil pada masa tambahan separuh masa pertama apabila Brazil melakukan gerakan cantik satu dua dan akhirnya Neymar berjaya menewaskan Livakovic pada minit ke-106.

Perlawanan dilihat seperti sudah memihak kepada Brazil tetapi jurulatih Croatia, Zlatko Dalic bijak melakukan pertukaran dan ternyata memberi impak positif selepas pemain gantian, Bruno Petkovic menyamakan kedudukan pada minit ke-116. 

Jaringan tersebut menyentap seluruh kegembiraan penyokong di stadium kerana mereka sedar jika perlawanan di heret ke sepakan penalti, Croatia mempunyai kelebihan sangat besar. 

Dan ternyata Croatia lebih bersedia terutama Livakovic dalam menghadapi sepakan penalti itu. Dua pemain Brazil gagal sempurnakan sepakan penalti sekali gus memberi laluan kepada Croatia ke separuh akhir. 

Kekalahan Brazil ini menyaksikan mereka terus sangkut pada peringkat suku akhir seperti edisi 2018 di Rusia. - KitaReporters 


15
14
0
9
0
You will be interested