Jangan seronok sangat jika sedang berhibur di mana sahaja anda berada. Ini kerana keselamatan kita paling penting perlu diutamakan dan masih perlu berhati-hatilah semasa berseronok.
Namun, tular sebuah video di Tiktok memaparkan sekumpulan pemuda yang dilihat seronok bermandi manda di sebuah sungai dengan sangat gembira tanpa berfikir bahaya yang bakal menimpa.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan reptilia buaya
Apa yang mengejutkan, tiba-tiba salah seorang dari mereka baru perasan bahawa banner (sepanduk) tersebut memaparkan kawasan itu tempat larangan mandi kerana terdapat reptilia buaya.
Ini kerana mereka tidak perasan kawasan ini adalah kawasan larangan kerana banner kecil ini sudah berlipat dan sudah reput.
Rata-rata netizen sangat terkejut dan menyatakan patutlah ramai golongan muda yang tidak sedar akan masalah yang bakal berlaku disebabkan kehadiran buaya. - KitaReporters