Gaya Hidup 10 Aug, 2022

Kecoh! Kecoh! Transgender seksi tayang buah dada! Minggu Fesyen Kedah 2022! Penganjur mohon maaf!

@jamliah abdullah
Penulis konten & pemberita sambilan. Cintai alam semula jadi & makanan. Suka menulis untuk membantu yang memerlukan. Anda punyai kisah menarik untuk dikongsi, emelkan ke jamliah.bismi18@gmail.com

Share this


TULAR dan kecoh seantero media sosial sehingga menggetarkan kerajaan Pas Kedah dan orang Kedah. Semuanya gara-gara foto seorang model dipercayai transgender berpakaian seksi iaitu mendedahkan buah dada tanpa coli.

Aksi berkenaan dilakukan di pentas Minggu Fesyen Kedah 2022 (KFW 22) pada minggu lepas yang kemudian bocor kepada media sosial sejak semalam (9 Ogos 2022) sekali gus meraih perhatian netizen. 

Banyak mengecam aksi individu yang dikatakan tidak senonoh apabila berkelakuan demikian di khalayak ramai.

Tidak kurang juga mengkritik penganjur acara berkenaan iaitu pusat beli-belah terkemuka di Alor Setar, Kedah yang dikatakan tidak peka dengan sensitiviti masyarakat apatah lagi Kedah kini ditadbir oleh Pas.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kisah kontroversi



Insiden berkenaan pantas mendapat reaksi kerajaan negeri yang menegaskan pihak menganjur berkenaan akan dikenakan tindakan jika didapati tidak mengikut peraturan ditetapkan ekoran kejadian itu. 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd. Hayati Othman berkata, hasil semakan awal juga mendapati penganjur tidak memohon permit dan tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Saya menerima aduan mengenai penganjuran KFW 22 yang menampilkan model dengan pakaian mencolok mata. Pihak saya akan memanggil penganjur, meminta penjelasan dan akan mengenakan tindakan,” kata beliau.

Susulan itu juga tampil, kenyataan permohonan maaf daripada pihak penganjur acara itu yang mengakui kesal dengan kejadian berkenaan.

Pihak tersebut juga menegaskan bahawa individu yang viral itu sebenarnya bukan model yang memperagakan pakaian pada KFW 22 sebaliknya cuma tetamu yang hadir menyaksikan acara itu.

“Pihak kami kesal dengan perkongsian foto daripada salah seorang tetamu yang  hadir ke Kedah Fashion Week 2022 (KFW 22) di mana gambar beliau tidak mencerminkan kod etika pemakaian yang ditetapkan pihak penganjur," kata pihak penganjur.



Difahamkan, individu berkenaan merupakan seorang transgender ekoran pendedahan oleh netizen dalam laman media sosial sejak insiden berkenaan tular.

Menggunakan nama Cokletcherry, lelaki ini dikatakan menetap di Pulau Pinang dan hasil pemerhatian ke akaun media sosialnya, individu ini turut mengakui dia adalah pondan berdasarkan profilnya, transwomen

Dia juga aktif dalam dunia modelling dan dipercayai pernah menyertai pertandingan ratu cantik transgender dua tahun lepas. 

Sesuatu yang agak malang bagi mak nyah berkenaan adalah tindakannya itu mengakibatkan dia bakal dikenakan tindakan undang-undang mengikut peraturan yang sedia ada kerana berpakaian wanita dan beraksi tidak sopan di khalayak ramai. - KitaReporters


8
8
0
8
0
You will be interested