Pelakon Ako Mustapha, 51, kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah terbabit dalam kemalangan pada hari ini, Khamis, 4 Ogos 2022.
Perkara itu dinyata oleh isterinya Kartina Shuaib dalam Instagram @akomustapha.Namun Kartina tidak mengulas lanjut seperti di mana tempat kemalangan, bagaimana ia berlaku dan seteruk mana keadaan suaminya. Kartina cuma memuat naik sekeping gambar Ako sedang baring atas katil dan menunggu rawatan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan insiden kemalangan
Terdahulu pada Februari 2022, Ako menerusi kemas kini Instagram memberitahu dia positif Covid-19. Ako yang nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha kurang aktif dalam IG.
Ako mula berlakon sejak 1997 dengan telah berlakon dalam lebih 30 drama sehingga 2021. Dan dalam filem dia terlibat dalam 12 judul dengan lakonan pertamanya adalah ‘Senario The Movie’ pada 1999.
Sejak beberapa tahun lalu, Ako mengurangkan kegiatan lakonan sebaliknya terlibat dalam bidang pengarahan dan menjadi produser.