Kredit foto: FB MFL
Skuad kendalian Yusri Che Lah terus mempamerkan prestasi cemerlang apabila menjadikan Negeri Sembilan sebagai mangsa seterusnya dalam saingan Liga Super selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 1 Oktober 2023.
Masih segar dengan kejayaan pada saingan Piala Malaysia, ketua jurulatih Perak itu dilihat menurunkan beberapa pemain muda dalam aksi berdepan Negeri Sembilan di tempat lawan.
Ternyata apa yang dirancang ia berjalan dengan baik apabila permainan Perak lebih baik kali ini biarpun kedua-dua pasukan sering melakukan gerakan serta percubaan untuk mendapatkan gol awal.
Bermain di halaman sendiri sepatutnya menjadi kelebihan buat anak buah K Devan namun mereka bergelut dalam perlawanan tersebut meskipun hanya berhadapan dengan pemain muda tetapi mereka masih gagal untuk mencetak jaringan.
Jaringan Luka Milunovic pada minit ke-50 sudah cukup untuk memastikan skuad The Bos Gaurus pulang dengan tiga mata penuh.
Pemain muda Perak berjaya beri saingan sengit kepada Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super. - Kredit foto: FB MFL
Kemenangan Perak membolehkan mereka berpeluang untuk mendaki kedudukan Liga Super yang lebih baik sambil terus menjarakkan kedudukan dari zon penyingkiran.
Sementara Negeri Sembilan pula berisiko untuk turun beberapa anak tangga mungkin terjadi jika mereka terus mengalami kekalahan selepas ini.
Perak berada di kedudukan ke-11 dengan 19 mata, manakala Negeri Sembilan di kedudukan kesembilan liga dengan 22 mata. - KitaReporters
Kedudukan terkini Liga Super setakat 1 Oktober 2023. - Kredit foto: FB MFL