Seni & Sukan 15 Oct, 2022

Video| Bahang PRU15 mula terasa! Jambatan Jertih, Kuala Besut meriah! Dipenuhi bendera parti-parti!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Jambatan Jertih kini dipenuhi bendera parti 


MESKIPUN Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum menetapkan tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 (PRU15), namun demam pilihan raya sudahpun mula dirasai apabila semangat petugas parti-parti di Negeri Terengganu sudah mula ghairah memasang bendera parti masing-masing bagi menarik perhatian orang ramai


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pemasangan bendera-bendera


Jambatan Jertih yang menghubungi Kuala Terengganu dan Kota Bharu serta Jambatan Kuala Besut, melalui jalan pantai menjadi pilihan petugas parti terutama Barisan Nasional (BN) dan Pas apabila jambatan tersebut kini dipenuhi dengan bendera parti masing-masing.

Kegiatan memasang bendera di kedua-dua jambatan utama tersebut dikatakan bermula sejak beberapa hari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Yaakub mengumumkan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober 2022 untuk memberi laluan kepada PRU15. 

Pemandu kenderaan yang menggunakan laluan tersebut tentu dapat melihat barisan bendera parti yang dipasang di kiri kanan pagar jambatan terbabit.


Bendera Barisan Nasional (BN) dan PAS  di Jambatan Jertih dipasang berselang seli


Petugas parti terutama golongan muda melakukan aktiviti memasang bendera pada waktu malam kerana ia tidak menggangu pergerakan kenderaan.

Aktiviti memasang bendera tersebut hanyalah sebagai permulaan kerana tarikh pilihan raya masih belum ditetapkan, manakala calon-calon yang akan bertanding juga belum diketahui.


Pemuda DUN Kota Putera, di Parlimen Besut mula memasang bendera bagi menghadapi PRU Ke-15.


Bagaimanapun, kemeriahan memasang bendera mungkin tidak sehebat seperti PRU14 kerana pada PRU15 ia hanya membabitkan pemilihan pada peringkat Parlimen.

Ini kerana Kerajaan Terengganu pimpinan PAS memutuskan parti itu tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan bahawa negeri-negeri terbabit di bawah pemerintahan PAS iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu mengekalkan pendirian tidak membubarkan DUN seiring pembubaran pada peringkat Parlimen. - KitaReporters


Pemuda DUN Kuala Besut bergotong royong memasang bendera di Jambatan Kuala Besut

11
15
1
9
0
You will be interested