Seni & Sukan 03 Nov, 2022

Keluarga Malaysia santuni pesakit! NGO Kekawan Group Prihatin hulur sumbangan! Asnaf hospital HSIP!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this


HOSPITAL Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai, Kelantan mengalu-alukan pelbagai pihak khusus pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk bekerjasama dengan unit kerja sosial perubatan hospital berkenaan dalam melaksanakan kerja amal kebajikan membantu pesakit dalam kalangan asnaf dan miskin.

Timbalan Pengarah Perubatan (1) HSIP, Dr Muhammad Ali Shafiee, berkata kerjasama dengan NGO terbabit sudah pasti akan menghasilkan kerja dan usaha terbaik terutama untuk mendapatkan sumbangan dalam pelbagai bentuk daripada pihak berkenaan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan konten Keluarga Malaysia


Menurutnya, kerjasama itu juga secara tidak langsung dapat memperkenalkan HSIP kepada pihak luar terutama dari segi kemudahan yang disediakan di samping mengalakkan masyarakat untuk hadir bagi mendapatkan rawatan terutama membabit penyakit yang serius tanpa berasa takut.

Jelasnya, unit kerja sosial itu amat memerlukan kerjasama dan sokongan daripada pihak luar untuk membolehkan mereka melaksanakan aktiviti sosial bagi membantu pesakit dalam kalangan asnaf serta keluarga miskin sekitar jajahan berkenaan.


Mohiadin Bahado (tengah) menunjukkan barangan bakul makanan yang disumbangkan oleh penderma untuk diagihkan kepada pesakit HSIP kepada Dr Muhammad Ali.


“Langkah ini merupakan antara cara terbaik bagi menyantuni mereka yang berkenaan apabila berasakan nasib diambil peduli serta dapat memupuk kesedaran untuk terus hadir bagi mendapatkan rawatan susulan atau janji temu dengan doktor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Ziarah Kasih dan Penyampaian Sumbangan Bakul Makanan kepada pesakit asnaf dan miskin HSIP oleh NGO Kekawan Group Prihatin dari Semenyih, Selangor pada 28 Oktober 2022.


Dr Muhammad Ali Shafiee menghulurkan sumbangan kepada seorang pesakit sambil diperhatikan oleh Mohiadin Bahado dan Azman Rasman di Lobi Utama HSIP, Kuala Krai, Kelantan pada 28 Oktober 2022.


Majlis yang berlangsung di Lobi Utama HSIP itu dianjurkan oleh unit kerja sosial HSIP dengan kerjasama Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia Cawangan HSIP

Turut hadir pada majlis itu Pengerusi NGO berkenaan, Mohiadin Bahado; Timbalan Pengerusinya, Azman Rasman; Ketua Unit Kerja Sosial Perubatan HSIP, Mohamad Nor Azmi Mohd Zin; dan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat HSIP, Mohamad Nawi Mat Ibrahim.

Mohiadin dalam ucapannya berkata, pembabitan  NGO Kekawan Group Prihatin dalam kerja amal jariah serta kebajikan itu bukanlah perkara baharu, malah sudah lama melakukannya dengan membantu mangsa bencana alam seperti banjir di beberapa negeri, agihan sumbangan kepada ibu tunggal, keluarga yang terbeban dengan masalah ahli keluarga sakit tenat dan sebagainya.


Seorang pesakit menerima sumbangan yang disampaikan Dr Muhammad Ali.


Katanya, barangan yang disumbangkan dalam bakul makanan serta sedikit wang tunai adalah derma daripada pelbagai pihak terutama orang ramai serta individu yang prihatin terhadap nasib keluarga ditimpa musibah.

“Kami hanya menyampaikan amanah mereka supaya keluarga yang dibantu ini berasa terbela dan diambil peduli oleh masyarakat bagi meneruskan kelangsungan hidup disamping bantuan daripada pihak lain khusus kerajaan,” ujarnya.


Dr Muhammad Ali (tengah) bersama-sama pesakit dalam kalangan asnaf dan miskin yang menerima sumbangan.


Sementara itu, Mohamad Nor Azmi, berkata 20 keluarga asnaf dan miskin menerima sumbangan berkenaan adalah pesakit yang mendapatkan perkhidmatan rawatan di HSIP sebelum ini dan masih mendapatkan rawatan susulan kerana menghidap penyakit kronik. 

Jelasnya, sesetengah mereka tepaksa menaiki bot memudiki sungai untuk ke HSIP kerana tinggal jauh di pedalaman yang sudah pasti memerlukan perbelanjaan lebih sedikit, bagaimanapun mereka tidak merungut dan sentiasa menepati janji temu dengan doktor.

Sumbangan barangan makanan kering seperti beras, gula dan tepung gandum yang diterima ini dapat meringankan bebanan mereka dari segi perbelanjaan harian,” katanya. - KitaReporters


Mohiadin menyampaikan cenderamata kepada Dr Muhammad Ali sambil diperhatikan Mohamad Nor Azmi (kiri).

26
17
0
12
0
You will be interested