Seni & Sukan 02 Feb, 2023

Syabas Azizulhasni Awang! Atlet paling banyak menangi Anugerah Olahragawan Kebangsaan! Bagi kali ke-5!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Azizulhasni menerima piala dari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim


ATLET berbasikal negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang, 35, sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila beliau dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Olahragawan Kebangsaan 2021 selepas meraih pelbagai kejayaan cemerlang dalam sukan berkenaan. 

Beliau yang juga dikenali sebagai The Rocket Pocketman menerima anugerah itu pada Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) yang berlangsung di Dewan Banquet Casa 4, Majlis Sukan Negara (MSN), Kuala Lumpur pada 31 Januari 2023, sekali gus menjadikan anugerah kelima buatnya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penerima-penerima anugerah

Azizulhasni bersama piala Anugerah  Olahragawan Kebangsaan yang dimenanginya


Majlis Anugerah Sukan Negara yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim  itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan,Belia dan NGO Negeri Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah yang mewakili Kerajaan Negeri. 

Mohd Azizulhasni, anak kelahiran Dungun, Terengganu itu mempertahan gelaran yang dimenanginya pada ASN 2019/2020 dan menjadi kemenangan kali kelima untuknya, sekali gus mengatasi pencapaian Datuk Abd Rashid Sidek, Datuk Lee Chong Wee dan  Sazali Abd Samad yang memenangi anugerah tersebut sebanyak empat kali.


Azizulhasni


Azizulhasni membuktikan gelaran olahragawan berhak menjadi miliknya selepas melakar kejayaan cemerlang pada musim 2021 dengan meraih  pingat perak di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Jaguh basikal tersebut mengatasi empat lagi pencabar lain bagi anugerah berkenaan iaitu bergu lelaki nombor satu tanah air, Aaron Chia -  Soh Wooi Yik, Buda Anak Anchah (bina badan), Ng EainYow (skuasy) dan  Syarifuddin AZman (permotoran).

Menurut rekod, Azizulhasni sebelum ini sudah empat kali dipilih sebagai olahragawan Kebangsaan pada 2009, 2010, 2017, dan 2019/2020.



Sementara itu, Wan Sukairi merakamkan penghargaan kepada atlet kelahiran Dungun itu.

Kejayaan yang diperoleh tersebut bukan sahaja untuk dirinya malah  menjadi satu penghargaan dan kejayaan buat seluruh rakyat Terengganu. 

“Kerajaan sentiasa komited dalam memberi sokongan serta komitmen terhadap Azizulhasni dalam sukan berbasikal,” katanya dalam satu kenyataan. - KitaReporters


Wan Sukairi memperkatak sesuatu kepada Azizulhasni

12
15
1
15
0
You will be interested