Seni & Sukan 11 Mar, 2023

Alyah makin kurus, makin cantik! Tapi baju makin ketat, tudung makin pendek? Peminat komen kecewa!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this


Penyanyi popular, Datin Alyah atau nama penuhnya Noor Hasliah Abu Hasan, 42, kelihatan semakin hari semakin kurus dan cantik. Sebagai figura awam, begitulah hendaknya kerana lumrah alam, manusia suka melihat sesuatu yang cantik dan sedap mata memandang.

Kalau melihat gambar dan video yang dikongsi oleh Alyah dalam Instagram miliknya, sememangnya dia kelihatan kurus dan semakin cantik. 

Namun, ada peminat kecewa dengan penampilan baharu isteri kepada Datuk Ramli M.S. itu. Kenapa pula kecewa sedangkan itulah yang didambakan semua orang, kurus dan cantik?


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi Datin Alyah



Melihat komen yang ditinggalkan oleh pengikutnya dalam Instagram, ada segelintir yang kecewa kerana mereka beranggapan sejak kurus, Alyah dilihat semakin gemar memakai pakaian ketat sehingga menampakkan bentuk badan.

"Cantik Alyah, cuma janganlah pakai ketat sangat macam tu. Takut Allah tarik nikmat lain pula. Ketat sangat bajunya, pendek sangat tudungnya. Sayang jika terus macam ni," tulis individu tersebut.



Pendapat individu tersebut dipersetujui oleh beberapa orang yang lain. Ada juga komen berpendapat dulu Alyah suka pakai jubah. Namun sejak kurus makin ketat pula.

Teguran daripada peminat tandanya mereka sayang dan prihatin.


Manakala ada juga peminat yang sukakan fesyen tudung yang dipakai oleh Alyah walaupun ada yang menegur ia terlalu pendek.

"Datin tolong kongsi selalu tudung dari mana? On point je. Lawa teruk, sangat sesuai dengan datin," tulisnya.


Ada peminat sukakan fesyen tudung yang digayakan oleh Alyah.


Bagi yang belum tahu, Alyah pernah melakukan pembedahan bariatrik pada Mac 2022 kerana mengalami masalah berat badan akibat gastrik. - KitaReporters


10
11
0
9
0
You will be interested