PELAKON Emma Maembong memilih tarikh cantik 20.02.2020 sebagai hari untuk bergelar isteri. Emma sah bergelar isteri kepada seorang juruterbang, Muhammad Shazli Azhar dengan hanya sekali lafaz, jam 11.58 pagi tadi Khamis, 20 Februari 2020. : KitaReporters.com
Majlis ijab kabul diadakan dalam majlis tertutup yang dihadiri sekitar 300 orang tetamu di Dunia Melayu, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Pengantin lelaki membawa mas kahwin sebanyak RM2,000 dan senaskah Al-Quran kepada pihak perempuan dengan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh.
Jumlah hantaran dirahsia atas permintaan keluarga.
Pasangan dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohamad Akmal Abdul Aziz.
Ayah Emma, Ismail Maembong menjadi wali.
Majlis tersebut turut disiarkan secara langsung menerusi video yang dirakam kakak Emma, dikenali sebagai Beby Maembong di laman sosial Instagramnya.
Si ayah Ismail Maembong mengiringi Emma masuk ke dewan pernikahan. - Kredit foto: Oh Bulan
Dalam rakaman video itu, Emma kelihatan anggun berpakaian putih diapit masuk ke dewan nikah oleh adiknya, pelakon Chacha Maembong.
Emma berdebar menanti akad nikah dijalankan. - Foto H-Live
Pada 11 Oktober 2019, rombongan merisik datang melamar.
Zizan atau Mohd Razizan Abdul Razak, 35, menerima undangan darpada Emma tetapi tidak hadir.
Dia cuma mendoakan kebahagian bekas teman wanitanya itu. Hubungan cinta mereka hangat dalam tahun 2014.
Tahniah kepada kedua-dua pasangan dan selamat menempuh hidup baru. - KitaReporters.com
Kredit foto: Emma Maembong (@emma_maembongofficial)