Seni & Sukan 10 Sep, 2020

200 sukarelawan syariah! Sedia pantau aktiviti tak bermoral!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

MASYARAKAT Islam di Terengganu khususnya golongan remaja yang berhasrat untuk melakukan aktiviti maksiat di tempat awam yang terlindung atau tersorok perlu banyak berfikir kerana perbuatan terkutuk mereka akan diperhati dan dipantau oleh ramai sukarelawan syariah (dan tentunya oleh Allah SWT). : KitaReporters

Sukarelawan Syariah Terengganu diberi kursus khas mengenai cara menjalankan tugas pencegahan


Lagi cerita-cerita dari Terengganu:

https://kitareporters.com/search?search=terengganu


Usaha membanteras aktiviti tidak bermoral termasuk gejala maksiat yang dilakukan oleh masyarakat Islam bukan sahaja menjadi tanggungjawab pihak penguat kuasa agensi tertentu malah ia memerlukan penyertaan orang awam.

Kecenderungan masyarakat Islam sekitar daerah Kuala Terengganu yang tampil menjadi sukarelawan syariah untuk membantu kerajaan membanteras maksiat adalah satu contoh terbaik dan mendapat pengharaan kerajaan negeri.

Berikutan itu, kerajaan negeri mengalu-alukan penglibatan kira-kira 200 orang sukarelawan syariah bagi daerah Kuala Terengganu yang akan bertugas membantu Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) membuat rondaan di kawasan yang menjadi tumpuan remaja berkumpul.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO (badan bukan kerajaan) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah 


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO (badan bukan kerajaan) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pertambahan tersebut sangat membantu tugas mencegah kemungkaran yang menjadi tanggungjawab semua umat Islam.

Katanya, sebelum ini bahagian penguat kuasa di bawah Pejabat Hal Ehwal Agama Kuala Tengganu hanya mempunyai seramai tujuh orang anggota penguat kuasa sahaja. Jadi sudah tentu tenaga tersebut tidak cukup untuk menjaga daerah Kuala Terengganu yang penduduknya berjumlah lebih 150,000 orang.

Beliau berkata, pihaknya menyambut baik inisiatif Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri yang membuka peluang kepada mana-mana rakyat Terengganu atau NGO untuk turut serta dalam sukarelawan ini, rakyat negeri ini lebih prihatin terhadap orang sekeliling.

Wan Sukairi berkata, bagi kawasan Kuala Terengganu, difahamkan terdapat 200 orang sukarelawan syariah yang akan bertindak membantu JHEAT bagi membanteras maksiat yang mungkin akan berlaku.

"Insya-Allah semoga usaha mulia ini dapat menjaga keharmonian dan juga keberkatan rakyat Terengganu khususnya di daerah ini," katanya.

Sukarelawan Syariah Terengganu bersedia menjalankan tugas mencegah maksiat 


Beliau berkata, dalam melaksanakan usaha sukarelawan syariah dalam rondaan yang bakal dilakukan, para sukarelawan akan mendapatkan nasihat daripada penguat kuasa JHEAT mengenai ilmu dan kaedah mendekati sasaran supaya tidak memberikan mudarat.

"Kita akan membuat rondaan ke tempat-tempat yang biasa menjadi tumpuan muda-mudi atau sesiapa sahaja yang berkemungkinan melakukan gejala negatif. Pendekatan sukarelawan syariah yang kita gunakan adalah memberikan nasihat dan teguran,” katanya.

Katanya, sekiranya perbuatan tersebut memerlukan kepada tangkapan atau serbuan, sukarelawan akan terlebih dahulu mendapatkan bantuan daripada penguat kuasa yang bertauliah. - KitaReporters

2
0
0
0
0
You will be interested