Seni & Sukan 29 Jan, 2022

Video| Kalau dah jodoh! Wanita ajak kahwin dalam ruangan komen TikTok! Betul-betul bertemu jodoh!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


BERTEMU jodoh dalam media sosial adalah perkara biasa pada masa kini, bukanlah perkara pelik. Namun, kisah seorang wanita bergelar Dian ini agak unik sedikit.

Dalam akaun TikTok miliknya, Dianhryn03_ berkongsi kepada pengikut bagaimana detik pertemuannya bersama suami sehinggalah dikurniakan cahaya mata.

Sehingga kini, video yang dikongsi sudah mendapat 6.3 juta jumlah tontonan! 


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan bertemu jodoh


Menurut Dian, dia tidak menyangka tindakannya meninggalkan mesej dalam ruangan komen TikTok seorang lelaki dipanggil Aby yang akhirnya membawanya ke pelaminan dan kini menjadi ketua keluarganya.

Dalam ruangan komen tersebut, Dian tanpa teragak-agak mengajak Aby berkahwin dengannya. 

Mungkin pada mulanya dia hanya berseloroh dan tidak serius. Namun siapa sangka siapa menduga kerana jodoh itu pada tangan Allah SWT.

"Duh, jadi saya kahwin dengan Aby maakk," kata Dian. "Ayuh, ahh, sekarang," jawab akaun TikTok Aby.




Pada mulanya hubungan mereka seperti tidak serius. Namun perkenalan itu akhirnya menjadi bibit-bibit cinta pasangan ini. Dari ruangan komen, mereka akhirnya bermesej secara peribadi (PM).

Kemudian Aby meminta Dian membuat panggilan video untuk mengenali antara satu sama lain tetapi Dian belum bersedia. Namun selepas itu, Dian juga telah dihantar mesej di luar jangkaan oleh lelaki tersebut.

“Suatu hari nanti kita akan berjumpa,” kata Aby kepada Dian.

Dian yang mendapat mesej itu hanya mampu pasrah. Namun pada 7 Januari 2021, Dian sekali lagi menerima mesej daripada lelaki itu, kali ini mereka berdua bertukar nombor telefon.


Siapa sangka siapa menduga, akhirnya mereka bertemu jodoh.


Tanpa diduga, satu hari Aby datang bersama keluarga ke rumah Dian.

“Sungguh, pertemuan pertama membawa seisi keluarga,” kata Dian.

Pada pertemuan itu, kedua-duanya mengambil gambar pertama mereka. Tidak lama selepas itu, kedua-duanya berkahwin dan kini mempunyai seorang anak yang sangat comel. - KitaReporters



5
7
0
11
0
You will be interested