Seni & Sukan 27 Jul, 2020

Ernie Zakri bukan Boneka! Nak bantu mereka yang dalam Gundah

@khadijah ibrahim
Pernah bertugas di Kumpulan Utusan dan pernah bertugas di biro Johor. Kini masih aktif dalam dunia penulisan.

Share this

PENYANYI Ernie Zakri tidak mengambil masa yang lama untuk merakam single baharu, Boneka kerana beliau sudah biasa bekerjasama dengan komposer Omar K yang mencipta lagu tersebut. Kata Ernie, beliau hanya mengambil masa selama beberapa jam sahaja bagi merakamkan single tersebut. : KitaReporters

Boneka merupakan single baharu daripada Ernie Zakri.


Lagi cerita-cerita mengenai Ernie Zakri:

https://kitareporters.com/search?search=ernie+zakri


“Memandangkan saya sudah biasa bekerjasama dengan Omar K, jadi saya faham apa yang dikehendakinya. 

"Masa rakaman pun tak lama, lebih kurang satu hingga dua jam saja kerana saya faham apa yang dikehendaki olehnya.

Suara mantap Ernie tidak perlu dipertikaikan lagi. - Kredit Foto: IG Ernie.


“Sebenarnya lagu Boneka adalah ciptaan Omar K bersama dua komposer muda, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh. Ini juga merupakan pengalaman pertama saya berkolaborasi dengan Firdaus dan Iqie.

“Biarpun masih baharu dalam bidang penciptaan lagu, namun idea mereka menarik dan saya rasa seronok kerana banyak yang dipelajari dan dikongsikan bersama. 

"Lagu ini sebenarnya dirakam sebelum wabak COVID-19 melanda negara lagi,” kongsi Ernie tentang proses rakaman lagu Boneka yang dilakukan di Enormus Studio milik Omar K.

Penampilan Ernie untuk single Boneka berbeza dari dulu.


Ernie atau nama penuhnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 28, turut menjelaskan bahawa lagu Boneka berkisar tentang seorang wanita yang ditinggalkan kekasih tetapi tabah menghadapi dugaan tersebut.

“Boneka menggambarkan kekuatan dalaman seorang wanita yang ditinggalkan kekasih. 

"Wanita tersebut tidak mudah mengalah kerana beliau bukanlah boneka yang boleh diperlakukan sesuka hati oleh mana-mana lelaki.

“Saya gemar mempersembahkan karya-karya yang mempunyai cerita dan mesej yang mendalam agar dapat dijadikan sebagai pemangkin buat mereka yang tindas sebagai contoh. 

"Sebenarnya melalui lagu ini, saya mewakili mana-mana pihak yang ditinggalkan oleh kekasih mereka sama ada wanita mahupun lelaki,” katanya.

Boneka, nyanyian Ernie untuk memberi semangat kepada mereka yang ditinggalkan kekasih.


Mengulas lanjut tentang single ini, pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-32 berkata, muzik mempunyai elemen yang dapat membantu dalam menaikkan semangat seseorang.

Beliau berharap melalui lagu yang disampaikan, secara tidak langsung ia dapat membantu pendengar tatkala mereka berada dalam keadaan yang gundah.

Ernie yang sebelum ini tampil dengan single Gundah pada Disember 2019 berharap lagu Boneka diterima baik oleh peminatnya.

Imej dan konsep yang berbeza untuk single Boneka.


“Rasanya ini adalah waktu yang sesuai untuk saya tampil dengan single baharu. Saya berharap single Boneka ini diterima baik oleh peminat saya khususnya, dan penggemar muzik secara amnya.

“Kali ini penampilan saya agak berbeza dari segi imej dan konsep kerana saya mahu setiap kali keluar single baharu, biarlah ada kelainan dalam karya-karya saya,” katanya.

Lagu Boneka sudah boleh didengar secara dalamtalian.


Lagu Boneka boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman dalam talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.

Manakala video lirik dan muzik lagu Boneka ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network. - KitaReporters

10
3
0
0
0
You will be interested