Seni & Sukan 09 Dec, 2020

9 laporan polis! Beberapa modus operandi suspek laku rogol!

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan pemimpin pelajar IPTA suatu ketika dulu. Pernah bertugas di 4 kementerian dan beberapa pasukan komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this

BERMULA hanya dari satu ciapan dalam laman Twitter oleh rakan kepada mangsa, akhirnya dakwaan merogol anak gadis oleh seorang artis yang digelar pendakwah selebriti makin berlarutan dan menjadi-jadi. Pendakwah yang kini ditahan reman itu berdepan pelbagai tudahan jenayah seksual selain rogol. : KitaReporters 



Lagi laporan-laporan berkaitan rogol:

https://kitareporters.com/search?search=rogol


Ketika kali pertama pendakwah selebriti itu ditahan, pihak polis telah membuat kenyataan yang cukup mengejutkan netizen iaitu jangkaan mereka akan lebih ramai mangsa tampil untuk membuat laporan yang mirip.

Akhirnya selepas tamat reman pertama, maka pendakwah selebriti tersebut berterusan direman semula untuk membantu kes dakwaan rogol berkenaan.


Kredit foto: Bernama


Terbaharu, seorang lagi wanita tampil membuat laporan polis pada 7 Disember 2020 berhubung dakwaan kes seksual membabitkan seorang pendakwah selebriti yang kini beritanya semakin tular di media sosial.

Wanita berusia 26 tahun yang bekerja sebagai jururawat swasta di Kuala Lumpur mendakwa menjadi mangsa pada Disember 2019 lalu selepas mula berkenalan dengan suspek pada Mac 2018.



Berdasarkan laporan akhbar, antara beberapa mangsa dan modus operandi yang digunakan adalah seperti berikut:

1. Pelajar Kolej

   * Diajak ke rumah suspek di Damansara Perdana dengan alasan untuk memberi tips ilmu pemasaran perniagaan yang tular dan mudah,

   * Telah dicabul dengan sentuhan pada beberapa tempat badan mangsa,

   * Mangsa dipaksa untuk melakukan seks oral,

   * Mangsa berusia 22 tahun ketika jenayah tersebut dilakukan,

   * Berlaku antara jam 1.00 pagi pada tarikh 17 Oktober.

2. Guru sebuah sekolah di Lembah Klang

   * Mengajak mangsa untuk keluar makan malam dengan alasan untuk menyambut hari jadi,

   * Juga diajak ke rumah secara berdua-duaan sebelum dirogol,

   * Mangsa berusia 22 tahun ketika kejadian,

   * Berlaku antara jam 9.00 malam pada 22 Oktober 2020.

3. Jururawat swasta

   * Mangsa mula berkenalan dengan suspek melalui media sosial sejak Mac 2018,

   * Mangsa berusia 26 tahun,

   * Pengenalan pada asalnya baik dan tiada sebarang perkara mencurigakan,

   * Menjadi mangsa jenayah berkenaan pada Disember 2019. 


Kredit foto: Utusan Malaysia


Dengan laporan yang dibuat oleh jururawat swasta ini, maka dalam rekod polis setakat 9 Disember 2020, pendakwah selebriti tersebut telah berdepan dengan sembilan laporan polis yang dibuat ke atas dirinya, lapor media tempatan.

“Kita masih lagi menjalankan siasatan dan akan lihat semua sudut dengan mengumpul maklumat berkaitan.

“Polis akan menjalankan siasatan dengan adil dan semua maklumat yang diperoleh akan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan lanjut,” kata Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaluddin dalam satu kenyataan.

Rata-rata mangsa mula mengenali suspek melalui laman media sosial artis berkenaan yang merupakan bekas peserta rancangan realiti dakwah.

Polis Petaling Jaya sebelum ini menjalankan siasatan kes mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (merogol), Seksyen 377C Kanun Keseksaan (seks luar tabii) dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan (mencabul). - KitaReporters

0
0
2
0
0
You will be interested