Koleksi ini dikatakan satu cara mengangkat fesyen ke tahap glamor yang tak tercapai dek akal untuk orang biasa memilikinya.
Kredit foto: Business Insider
Sementara itu, pelitup muka rekaan Jacob & Co. pula (gambar bawah), sebagaimana lirik lagu Diamond, nyanyian Rihanna “shine bright like a diamond (cahaya berkilau macam berlian), diperbuat daripada tempaan emas 18k dan dihiasi dengan 3,040 butiran belian potongan bulat yang berkilaun.
Ia sangat sesuai untuk dipakai sebagai lapisan kedua yang sudah tentulah memberi jaminan perlindungan sepenuhnya.
Harganya dianggarkan AS$250,000 (RM1 juta) dan di mana boleh membelinya? Di Butik Jacob & Co, Dubai Mall, negara yang penuh dengan orang kaya raya dan memiliki harta bergunung.
Pelitup muka belian oleh Jacob & C0. - Kredit foto: Jacob & Co
Selepas pelitup muka kini muncul pula perisai muka yang dihasilkan oleh gedung fesyen terkemuka dunia, Louis Vuitton (LV) yang sebelum ini terkenal dengan beg yang sejak bergenerasi mendapat tempat dalam kalangan keluarga diraja dan biliioner dunia.
Perisai muka ini ditambah dalam koleksi pemakaian pelitup muka kerana ia memberi pelindungan menyeluruh. Lebih-lebih lagi pandemik Covid-19 dalam bentuk baru dikatakan lebih `ganas` dan meragut nyawa dalam tempoh yang singkat saja.
Louis Vuitton tetap tidak lupakan `imejnya` bila menghasilkan produk terbarunya, LV dikrafkan dengan begitu berseni ukiran keemasan berwarna cokelat dan ditampikan dalam bentuk yang sangat ringan, sensitif dan perisai atau visor perlindungan terbaik mutu dan nilai.
Ia akan dilancarkan pada Oktober 2021 dan boleh diperolehi di semua buktik terpilih di seluruh dunia.
Harganya belum diumumkan dan dijangka tidak kurang daripada kadar yang dikenakan pada koleksi produk LV sebelum ini. Setaraf barangan perlindungan kesihatan termahal di dunia.
Perisai atau visor LV. - Kredit foto: Louis Vuitton
Manakala bagi pereka fesyen yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat, Christian Siriano pula, dia mahukan rekaannya sesuai untuk dikenakan dengan semua koleksi pakaian, mampu milik dan menjadikan wanita akan `tergila-gila` mahu memiliki pelitup muka hitam yang menawan ini.
Sebab barangan itu sudah tersenarai dalam Pelitup Muka Paling Mahal, Siriano menghasilkan pelitup dikenali Black Crystal Mask (Pelitup Kristal hitam), berkilauan dengan batu permata sebagai hiasan yang menjadikan pelengkap kepada koleksi pakaian mewah.
Pelitup muka itu dilaporkan dijual dengan harga AS$595 (RM2,456) yang boleh ditempah dalam talian di Christiansiriano.com.
Kena cepat kerana koleksinya terhad.
Bagaimanapun disebabkan ia lebih kepada hiasan, pelanggannya digalakkan memakai pelitup muka pada lapisan pertama dan ada yang dijual bersekali dengan pelitup ini. Agak comel juga buatannya.
Black Crystal Mask oleh Christian Siriano. - Kredit foto: Christian Siriano
Jangan terkejut jika ada yang selama ini tersenyum bila jenama Bijan yang menjadi kesukaan seorang isteri pembesar negara yang dikatakan sama dengan nama suami, juga tidak ketinggalan mahu menempa nama sebagai pengeluar pelitup muka elit yang boleh tahan harganya.
Pelitup muka pilihan gedung fesyen Bijan bukan dihiasi intan berlian atau emas permata. Sebaliknya butik yang berlokasi di Beverly Hills itu memilih untuk mengeluarkan pelitup muka yang dibuat daripada kain sutera asli yang dihasilkan di Itali.
Didatangkan dalam warna elegan hitam, putih mutiara dan sempena warna label jenamanya kuning, sentuhan Bijan dinamakan sebagai Pelitup Muka Sutera Asli, paling mewah di dunia kerana diperbuat daripada kain sutera asli dan disertakan dengan kotak penutupnya bersalut sutera jacquard.
Ia dalam harga lingkungan AS$480 (RM1,974.). Cepat tempah sebab pelitup ini pun dikeluarkan terhad. - KitaReporters
Pelitup muka daripada sutera asli. - Kredirt foto: Bijan