Seni & Sukan 05 Jun, 2021

Berita Terkini| Kantoi! Sorok dadah dalam permainan kanak-kanak! 3 lelaki ditahan dalam serbuan!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

DADAH yang disembunyikan di dalam permainan kanak-kanak. - Kredit foto: Sinar Harian


TAKTIK licik kumpulan pengedar dadah yang menyembunyikan dadah di dalam alat permainan kanak-kanak terbongkar selepas polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, kegiatan itu dikesan selepas menerima maklumat daripada seorang pekerja di sebuah pusat kurier pada Rabu, 2 Jun 2021 lalu yang menemui empat kotak yang mencurigakan.

“Dalam serbuan di Cheras, Jalan Kepong dan Taman Taming Jaya, sebanyak tujuh kotak mengandungi alat permainan dan dua paket plastik lutsinar berisi dadah disyaki heroin, syabu serta pil ekstasi bernilai RM42,455 dirampas.

"Hasil risikan, kita menyerbu kedai serbaneka 24 jam di Batu 9, Cheras sebelum menahan seorang lelaki berusia 32 tahun,” katanya seperti dipetik oleh Utusan Malaysia pada Sabtu, 5 Jun 2021.

Tegas Fakhrudin pihaknya turut menahan dua lagi lelaki berusia 27 dan 24 tahun masing-masing di sebuah kondominium di Jalan Kepong, serta Taman Taming Jaya, Balakong.

"Turut disita wang tunai berjumlah RM188,942 dan sejumlah mata wang asing selain beberapa barang termasuk tujuh jam tangan pelbagai jenama dan dua kereta dengan nilai keseluruhan sitaan berjumlah RM1.14 juta.

"Hasil ujian saringan air kencing pula mendapati seorang suspek positif syabu, manakala dua lagi suspek negatif dadah," katanya lagi.

Fakhrudin berkata, hasil semakan mendapati seorang suspek turut mempunyai lima rekod jenayah. Semua suspek masih dalam tahanan reman mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid .

0
0
0
0
0
You will be interested