Seni & Sukan 10 Dec, 2021

Video| Tak beradab, malukan diri sendiri! Berjoget sakan selepas disahkan bercerai talak dua!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this


PERKATAAN cerai adalah lafaz yang ditakuti bagi pasangan suami isteri, walaupun dibenarkan dalam Islam namun perbuatan itu sangat dimukai Sang Pencipta.

Tidak kiralah apa juga agama, penceraian bukan sesuatu tindakan yang baik. Namun siapalah kita kerana semuanya ditentukan oleh Allah.

Begitu juga dengan pasangan dari Perak apabila membuat keputusan bercerai secara baik apabila mahligai yang dibina atas dasar cinta tidak dapat dipertahankan lagi.


Lagi kisah menarik berkaitan penceraian


BEKAS pasangan suami isteri terlalu gembira setelah mereka disahkan bercerai. - kredit foto: Citer Maya


Namun uniknya pasangan itu apabila dilihat membuat aksi yang luar biasa. Lebih mengejutkan apabila pasangan itu kelihatan seperti teruja dengan gelaran diperoleh itu.

Mungkin juga mereka sudah berniat untuk terus berkawan walaupun ikatan sah sebagai suami isteri tidak lagi.

Tindakan luar biasa itu menjadi kecaman netizen kerana  tanpa segan silu suami yang baharu bergelar duda itu dan isterinya berstatus janda berjoget di hadapan Kompleks Pentadbiran Agama Islam Teluk Intan, Perak, baru-baru ini.

Dalam satu video yang tular dalam media sosial telah memaparkan pasangan suami terbabit berjoget di hadapan Pejabat Agama berkenaan setelah mereka disahkan bercerai.

Menerusi video berdurasi selama kira-kira 15 saat itu turut memperlihatkan wanita itu bersama bekasnya suaminya berkongsi rasa teruja dengan membuat aksi menari di depan pejabat agama terbabit.

Amboiiii... Kemain lagi gembira!



’Secara rasminya saya sudah bergelar janda bermula hari ini dengan talak loro (talak dua). Terima kasih bekas suami yang banyak jaga saya sebelum ini. Semoga jumpa jodoh yang lebih baik,’’ tulis wanita itu tanpa diketahui namanya.

Tindakan sedemikian dari bekas pasangan suami isteri itu telah mengundang kemarahan orang ramai melihat video tersebut kerana perbuatan mereka menjejaskan imej Islam, tidak beradab selain memalukan diri sendiri.

‘’Apabila berbangga dengan perkara yang Allah dan Nabi paling tidak suka, tersangatlah sedih, jika tak kuat Islam pun jangan dipermainkan perkara yang Allah tidak suka,’’ kata @Takhandsome janji kaya. - KitaReporters


 

 

    

15
16
1
14
3
You will be interested