Seni & Sukan 15 Oct, 2020

Subhanallah! Keindahan kota suci Mekah diukir atas kayu jati

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan pemimpin pelajar IPTA suatu ketika dulu. Pernah bertugas di 4 kementerian dan beberapa pasukan komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this

KOTA Suci Mekah antara kota tercantik di dunia ini. Apatah lagi di dalamnya terdapat sebuah masjid teragung, iaitu Masjidil Haram. Bayangkan gambaran Kota Suci Mekah dan Masjidil Haram itu diabadikan pada ukiran kayu? Mungkin ia memberi suatu keunikan yang memberi inspirasi. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan Mekah:

https://kitareporters.com/search?search=mekah


Baru-baru ini tular dalam media sosial akan kehalusan buatan tangan ukiran kayu yang menggambarkan Kota Suci Mekah

Ukiran tiga dimensi kota Mekah itu dibuat pada sudut 45 darjah sekali gus menampakkan kekemasan permukaan kayu jati yang berukuran 180cm x 180cm.

Difahamkan, ukiran ini telah berjaya disiapkan dalam tempoh enam hingga lapan bulan. Ternyata ukiran kayu ini mampu menggamit memori mereka yang merindui Haramain.



Bukan calang-calang orang boleh buat kerja-kerja ukiran kayu jati itu dengan cara tradisional kerana memakan masa yang lama. 

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, berapakah harga masterpiece (maha karya) tersebut? 

Namun, persoalan itu hanya tinggal persoalan. Difahamkan karya agung itu tidak akan dijual oleh pemiliknya, ia sekadar koleksi peribadi. - KitaReporters


Bukan sahaja ukiran kota Mekah, artis berkenaan juga dikatakan banyak membuat tempahan ayat al-Quran dengan pelbagai jenis reka bentuk yang unik.


5
0
0
0
0
You will be interested