Gaya Hidup 02 Oct, 2020

Sheila ingin sunting Tiara? Filem Puteri Gunung Sengkuang?

@fariza saidin
First Editor of HAI Magazine, Jourmalist for WANITA Magazine of Utusan Group of Companies. Asst Chief Sub Utusan Malaysia, Journalist cum Blogger @ CCKakFasonline

Share this

Pelakon veteran, Sheila Mambo atau Sheila Mambo, 57,  berhasrat untuk menyunting pelakon dan penerbit ‘Puteri Gunung Ledang’, Puan Sri Tiara Jacqueline memegang watak utama dalam filem sulung karyanya, “Puteri Gunung Sengkuang”. : KitaReporters


"Walau pun pihak produksi  masih belum memutuskan barisan pelakon namun saya berhasrat untuk menawarkan watak kepada Tiara. Itu pun jika beliau sudi,” ujar Sheila selaku Pengarah Pengurusan Filem dan Drama, Empire Filem Production (M) Sdn Bhd. pada majlis pelancaran syarikat perfileman HSF Production (M) Sdn Bhd di Hotel Grand Millenium, Kuala Lumpur pada Rabu, 30 September 2020 lalu.

HSF Production yang diterajui Pengarah Urusannya, Datuk Mohamad Faizal Abu Bakar dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Haniff Khan Mohammed Khan menjalin kolaborasi bersama My Asia Empire bagi penerbitan filem sulung mereka berjudul ‘Puteri Gunung Sengkuang’.

Sheila Mambo (dua dari kiri) bersama Mohamad Faizal Abu Bakar (kiri) dan Haniff Khan Mohammed Khan (tiga dari kiri) pada majlis pelancaran syarikat produksi HSF Production (M) Sdn Bhd di Kuala Lumpur pada 30 September 2020.


Diinspirasikan daripada kisah lagenda ‘Puteri Gunung Ledang’, filem karya Sheila ini bagaimana pun berkonsepkan komedi ‘slapstick’ dengan sebahagian besar daripada barisan pelakonnya terdiri daripada pelakon-pelakon veteran.

“Sebab itulah saya ingin tawarkan kepada Puan Sri Tiara watak utama sebagai puteri dan sekiranya beliau sudi, saya amat terharu,” ujar Sheila yang masih belum melamar Tiara Jacqueline mahu pun mana-mana barisan artis serta pengarah untuk satu-satunya karyanya yang bakal difilemkannya itu.

Menurut Sheila atau nama sebenarnya Rusilawati Hassan, skrip filem berkenaan telah digarapnya sejak tahun 2006 tetapi belum dapat direalisasikan waima tidak berjumpa dengan penerbit yang sanggup menghasilkannya.

“Saya banyak menyimpan skrip tetapi tidak diketengahkan waima tawaran harga yang diterima amat rendah daripada nilai yang sepatutnya,” dedah Sheila dalam nada sedih.

Melahirkan rasa kecewa atas tawaran rendah sedemikian apatah lagi tawaran berlakon bagi pelakon veteran semakin berkurangan apatah lagi beliau sendiri pernah 9 bulan tidak ditawarkan berlakon, Sheila mahu filem pertamanya ini dibarisi pelakon veteran yang hebat belaka.

Antara pelakon veteran yang turut kelihatan hadir pada majlis pelancaran terdiri daripada  Badrul Muhayat, 52; Raja Azmi Raja Sulaiman, 61; Ropie Cecupak, 53; serta Radhi OAG, 42.

Mungkinkah mereka ini bakal ditawarkan dalam filem ‘Puteri Gunung Sengkuang’?


Apa pun yang pasti, Sheila mengakui belum menawarkan mana-mana watak kepada mana-mana artis lagi tetapi membayangkan kemungkinan besar barisan artis veteran yang hadir berkenaan akan ditawarkan.

“Pengarah pun belum ada lagi,” ujar Sheila yang turut membayangkan pelakon Saiful Apek sebagai salah seorang yang akan ditawarkan peranan dalam filem komedinya itu kerana pada waktu beliau menghasilkan skripnya 14 tahun lalu, wajah Saiful Apeklah yang bermain dalam kotak fikirannya.

Sementara itu, Mohammad Faizal Abu Bakar yang bertindak sebagai Pengarah Urusan HFS Production (M) Sdn Bhd memberi jaminan produksinya akan mendahulukan pelakon-pelakon veteran untuk filem-filem terbitannya.


“Saya jamin 80% daripada pelakon adalah orang-orang lama sementara selebihnya akan dibarisi pelakon muda berbakat dan bukan dipilih kerana jumlah pengikut yang tinggi,” jelas Mohammad Faizal sambil mengakui akan tutup syarikatnya jika terbukti kata-katanya omong kosong belaka.

Menurutnya, beliau sokong hasrat Sheila yang mahu pelakon veteran kembali bernafas mewarnai industri perfileman tempatan yang sekarang ini banyak dipenuhi dengan pelakon muda yang mempunyai jumlah pengikut yang tinggi,

“Saya memahami situasi yang dialami pelakon veteran yang kini terpinggir. Mereka harus diberikan tawaran seimbang dengan pelakon baharu. Jadi inilah matlamat HSF Production untuk mengembalikan keyakinan bahawa pelakon veteran ada nilai mereka tersendiri waima bayaran pun haruslah tidak terlalu jauh bezanya mengikut pengalaman mereka,” tambah Mohammad Faizal sambil sekali lagi memberi jaminan perkara berat sebelah itu tidak akan berlaku melalui penerbitannya. - KitaReporters

You will be interested

Kotornya! 6 pekerja, 50 jam sental bersih rumah warga emas!

My Kind of Clean, syarikat pembersihan di Lancaster, UK berjaya mentransformasikan sebuah rumah yang kotor, menjijikan jadi kediaman yang sangat cantik, bersih

Zuhayati Yazid in Gaya Hidup 1 day ago

Nak tahu kisah kahwin cerai Daus Eli! Tonton MV Takdir Kita!

Segala persoalan terjawab dalam MV ini. Saya mahu beritahu kepada masyarakat, saya bukan suka-suka nak bercerai. Kalau nak tahu sebab apa kena tonton - Daus Eli
Fariza Saidin in Gaya Hidup 16 hours ago

Good Luck Masya Masyitah! Pentas akhir Yippi Star Quest 2020

Masya Masyitah tumpaskan lebih kurang 3,000 peserta dalam talian untuk layakkan diri ke peringkat akhir pertandingan Yippi Star Quest 2020 pada 25 Oktober 2020
Fariza Saidin in Gaya Hidup 1 day ago

Siapkan 1,200 PPE! Usaha JKNT, YPK, Kemas, JPNIN Terengganu!

JKNT sedia peruntukan, YPK dan KEMAS sedia bengkel jahitan, JPNIN Terengganu pula sedia tenaga kerja sukarela. Disertai 21 ahli Jiran Wanita dari 4 KRT Dungun
Mohammad Ishak in Gaya Hidup 1 day ago

Jom sertai Little Huffaz! Kanak-kanak seluruh dunia dipelawa

Siri animasi Islamik, Omar & Hana anjurkan pertandingan hafazan al-Quran Liffle Huffaz melalui platform digital. Pendaftaran dah dibuka sehingga 6 November 2020
Fariza Saidin in Gaya Hidup 1 day ago