Seni & Sukan 19 Jun, 2021

Berita Terkini| Love Scam: Penoreh getah 'cair' rayuan kekasih maya! Rugi RM99k sekelip mata!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata mangsa menggunakan duit persaraan dari KWSP yang diperoleh hasil simpanan ketika bekerja di sektor swasta suatu masa dahulu demi membantu kekasih maya.


SEORANG penoreh getah di Jempol berputih mata apabila cinta yang yang diidam terkubur selepas ditipu kekasihnya sehingga kerugian RM99,000 akibat diperdaya sindiket Love Scam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, mangsa berusia 58 tahun berkenalan dengan seorang wanita bernama Sarah Wong dalam media sosial Facebook pada Februari 2021.

"Wanita berkenaan mendakwa dia adalah warganegara Singapura yang menetap di Australia seterusnya mereka menjalinkan hubungan lanjut secara maya melalui WhatsApp, namun tidak pernah membuat panggilan telefon ataupun video sepanjang perkenalan itu.

"Dalam tempoh percintaan tersebut, teman wanitanya menceritakan tentang perniagaan yang dijalankan iaitu berkaitan minyak mentah di luar negara," katanya seperti dipetik Sinar Harian pada Sabtu, 19 Jun 2021.

Chang Hook berkata, selepas beberapa bulan bercinta wanita tersebut mengadu masalah kepada mangsa dan mendakwa menghadapi masalah perniagaan dan dia meminta mangsa meminjamkan wang kepadanya.

"Percaya dengan perhubungan yang terjalin, mangsa telah melakukan enam kali transaksi berjumlah RM99,000 pada 9 dan 10 Jun (2021) ke satu akaun bank CIMB dan dimaklumkan akaun itu merupakan akaun pekerja wanita tersebut yang menguruskan kewangan syarikat," katanya.

Chang Hook berkata, mangsa yang kini bekerja sebagai penoreh getah itu menggunakan wang persaraan yang diperoleh dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ketika bekerja di sektor swasta sebelum ini.

Setelah selesai urusan kemasukan wang tersebut, wanita berkenaan meminta wang tambahan berjumlah RM131,000 dengan alasan kewangan syarikat masih lagi tidak dapat diselesaikan.

"Curiga dengan tindakan itu mangsa kemudiannya membuat laporan polis pada Khamis, 17 Jun 2021 dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


GAMBAR hiasan...mangsa melakukan enam kali transaksi berjumlah RM99,000 kepada wanita melalui akaun pekerja kekasihnya.

 

0
1
1
1
0
You will be interested