Seni & Sukan 03 Jun, 2020

Allah naikkan darjat? PU Syed tegur kenyataan Sheila Rusly!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

Ramadan lalu TV3 menayangkan drama bersiri berjudul Bukan Gadis Biasa (BGB) lakonan hebat Aida Jebat, Remy Ishak, Sheila Rusly dan ramai lagi. Gara-gara drama tersebut juga, penerbit dan pelakon, Sheila Rusly yang memegang watak Opah Aminah dikecam oleh netizen. : KitaReporters

Solekan khas tua yang dibuat ke atas Sheila Rosly yang didakwa netizen sebagai tidak realistik.


Netizen mengecam solekan khas tua yang digayakan oleh Sheila tidak kelihatan realistik. 

Mereka mempersoalkan kenapa pihak penerbit tidak mengambil pelakon tua yang sebenar kerana ramai lagi pelakon berusia yang hebat-hebat

Sungguhpun drama 28 episod tersebut menerima pelbagai kecaman, namun ia tetap mendapat sambutan apabila menjadi drama dengan tontonan tertinggi sepanjang bulan Ramadan iaitu sebanyak 11 juta tontonan.

Berita gembira itu dikongsi oleh Sheila Rusly dalam media sosial miliknya. 

Menurutnya, dia bersyukur dan berterima kasih kepada semua.

“Berkat kesabaran. Alhamdulillah terima kasih semua,” tulisnya.

Sheila bersyukur drama BGB mendapat sambutan walaupun teruk dikecam oleh netizen.


Sementara itu, dalam temu bual bersama sebuah portal online, Sheila menjelaskan kerana kecaman yang diterimanya, Allah SWT menaikkan darjat drama Bukan Gadis Biasa.

Tegasnya, dia tidak menyimpan dendam kepada sesiapa yang mengutuk, menghina dan mencaci dirinya serta pihak produksi.

Luahan Sheila itu menarik perhatian Pencetus Ummah (PU) Syed atau Syed Bakri Al Yahya untuk mengulasnya.

Menurut pendakwah bebas ini, Allah SWT tidak akan sekali-kali bersekutu dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah seperti drama BGB ini.

“Assalamualaikum wbt. Allah SWT sekali-kali tidak bersekutu dalam perkara yng tidak mendatangkan faedah kepada agama.

“Lakonan dengan adegan yang tak dibenarkan syarak, bersentuhan lelaki dan perempuan yang bukan mahram bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan sehingga kita sandarkan drama tersebut dinaikkan darjat oleh Allah SWT.

“Kenyataan ini jika benar, ia benar-benar silap dan mohon pihak berkenaan tarik balik dan banyakkan istighfar,” tulis Syed dalam Instagramnya.


Namun, menurut Syed lagi, dia tidak menafikan syarikat milik Sheila dan suaminya, Jinggo banyak mengeluarkan cerita-cerita yang mendatangkan keinsafan kepada penonton.

“Ambe (saya) percaya syarikat penerbitan beliau juga telah banyak mengeluarkan cerita-cerita yang mendatangkan keinsafan kepada penonton.

“Namun saranan dan nasihat ambe, kepada semua sutradara dan syarikat-syarikat penerbitan juga penggiat filem agar dapat membuat cerita atau filem dengan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh syarak dan insya-Allah dengan itu keberkatan akan hadir.

“Jangan kejar rating semata-mata, kerana kelak di akhirat banyak soal jawabnya,” nasihatnya.

Ada betulnya juga nasihat yang diberikan oleh PU Syed ini. 

Selain menghiburkan penonton, drama juga boleh dijadikan platform untuk berdakwah kepada orang ramai. - KitaReporters

7
1
0
1
3
You will be interested