Gaya Hidup 06 Jun, 2022

Video| Ustaz Kazim menggigil dapat bon 1j Euro! Daripada 'Datuk Seri'! Hati-hatilah dengan scammer!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

KEBELAKANGAN ini semakin marak kegiatan penipuan pihak tentu untuk ‘merugikan’ dan memalukan pihak tertentu.

Pendakwah terkenal Datuk Ustaz Mohammad Kazim Elias, 49, menjadi antara insan terbaharu yang menjadi mangsa scammer (penipu).

Ustaz Kazim dalam laman akaun Facebooknya, menasihatkan orang ramai agar tidak terperdaya dengan scammer sedemikian.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE)

Ustaz Kaim minta orang ramai tidak mudah tertipu dengan scammer.

Tokoh pendakwah ini juga menasihatkan pihak pengurusan pusat tahfiz dan sekolah pondok berhati-hati jika dikunjungi individu datang bersemuka dengan alasan memberi bantuan.

Ustaz Kazim menyatakan dia menjadi mangsa scammer apabila didatangi seorang lelaki mengaku bergelar ‘Datuk Seri’ ke Pusat Pendidikan Al-Barakah kendaliannya di Manjoi, Ipoh, Perak pada Sabtu 4 Jun 2022.



‘Datuk Seri’ itu menyatakan untuk menziarahi Ustaz Kazim dan melihat tahap kesihatannya. Dia meminta Ustaz Kazim tidak bersusah payah lagi pergi berceramah dan hanya memberi tumpuan ke pusat tahfiznya.

Dan ‘Datuk Seri’ itu menawarkan diri untuk menghidupkan kegiatan Pusat Pendidikan Al-Barakah dengan mengeluarkan bon bernilai 1 juta Euro (kira-kira RM4.7 juta).

‘Datuk Seri’ itu turut menyatakan akan membantu urusan merawat penyakit misteri Ustaz Kazim.


Gambar arkib... Ustaz Kazim memperlihatkan kesan penyakit misterinya.

Menurut Ustaz Kazim, dirinya ‘menggigil’ menerima bon itu. Namun dia tidak mudah diperdayakan

‘Datuk Seri’ itu kemudian pulang dan Ustaz Kazim kemudian menceritakan kejadian itu dan menyiarkan gambar bon itu dalam Facebooknya.

Dalam perkongsian itu, Ustaz Kazim turut mengingatkan mana-mana pemilik pusat tahfiz, sekolah pondok supaya lebih berhati-hati dengan tindakan scammer yang berani datang bersemuka seperti yang dia lalui.

"Dia ingat kami di Al-Barakah bodoh agaknya. Kepada pengusaha tahfiz, sekolah-sekolah pondok dan orang sakit seperti saya berhati-hatilah dengan scammer yang begitu berani dan terang-terangan sekarang ini," jelasnya. - KitaReporters


12
16
0
10
0
You will be interested

Liga Super 2022: Harimau Kumbang catat kemenangan kedua dalam saingan liga! Tundukkan Budak KL!

Penang FC yang berada di tangga terbawah liga lakukan kejutan selepas catat kemenangan 1-0 ke atas lawan Kuala Lumpur City FC dalam perlawanan Liga Super 2022

Video| Saingan sebenar GV9 bermula! Peserta pamer kebolehan! Tomok menyerlah, Roy Kapilla terkeluar!

Persaingan sebenar GV9 bermula. Pada minggu ke-2, 13 peserta memperlihat kemampuan masing-masing. Tomok dapat markah tertinggi, Roy Kapilla ucap selamat tinggal
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 4 hours ago

Piala Raja Thailand 2022: Tak ada nasib! Kegagalan sepakan penalti nafikan kejuaraan buat Malaysia!

Harimau Malaya gagal muncul juara Piala Raja Thailand ke-48 selepas skuad kebangsaan tewas dalam penentuan penalti 0-3 di tangan Tajikistan, selepas terikat 0-0
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Gaya Hidup 15 hours ago

SUKMA 2022: Terengganu bangga pungut pingat lebihi sasaran! Walaupun berada di kedudukan naib juara!

BIARPUN  tidak menjadi juara keseluruhan namun temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ed
Mohammad Ishak in Gaya Hidup 15 hours ago

Video| Alhamdullilah! Almy Nadia stabil! Pembedahan buang cyst! Fizz Fairuz syukur isteri selamat!

Isteri Fizz Fairuz, Almy Nadia selamat jalani pembedahan membuang sista (cyst) atau ketulan pada rahim dan kini berada dalam keadaan stabil dan dah mampu bangun
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 16 hours ago