Seni & Sukan 14 Mar, 2022

Keluarga Malaysia: Terima kasih CIMB Islamic dan Islamic Relief! Bantu penduduk terjejas banjir!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Rosnah Mahmood (kiri) bersama para penerima manfaat lain menzahirkan rasa syukur tidak terhingga atas bantuan yang diberikan 


SERAMAI 200 orang penerima manfaat daripada golongan B40 dan ke bawah yang terjejas akibat banjir pada penghujung tahun 2021 lalu telah menerima bantuan baucar wang tunai dan air mineral tajaan CIMB Islamic Bank di Masjid Al-Falah di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor dalam satu majlis agihan pada 6 Mac 2022. 

Objektif program ini dijalankan untuk meringankan beban penduduk terjejas, selain memberi fleksibiliti kepada mereka dalam membeli barangan yang diperlukan mengikut keperluan masing-masing. 


Lagi cerita-cerita duka berkaitan mangsa banjir

Setiap penerima manfaat Program Bantuan Pasca Banjir untuk Taman Sri Muda menerima baucar wang tunai dan satu kotak air mineral setiap seorang. 


Kakitangan Islamic Relief Malaysia menyerahkan sumbangan baucar wang tunai yang ditaja oleh CIMB Islamic Bank di Masjid Al-Falah, Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor.


"Islamic Relief Malaysia mengusulkan kepada pihak penaja untuk menyalurkan bantuan pasca banjir di sini (Taman Sri Muda) memandangkan kawasan ini antara yang paling teruk terjejas, dan para penerima manfaat yang dipilih juga antara yang terjejas kewangan akibat pandemik

"Bagi baucar wang tunai yang diberikan pula, ia boleh diguna pakai di pasar raya Giant berdekatan tempat tinggal penerima," kata Muhamad Izzat Ruslan, Pegawai Kanan Bahagian Program, Islamic Relief Malaysia, dalam satu kenyataan media baru-baru ini. 

Rata-rata penerima manfaat menzahirkan rasa syukur dan mengucapkan jutaan terima kasih atas bantuan yang diberikan. 

"Inisiatif yang dilaksanakan dengan memberikan baucar wang tunai ini sangat bagus kerana ia memberi peluang kepada kami memilih barangan yang benar-benar kami perlukan seperti barangan elektrik yang kebanyakannya telah rosak dalam banjir," kata Rosnah Mahmood

Turut hadir dalam program Bantuan Pasca Banjir untuk Taman Sri Muda ini adalah Irma Hasmie, Ikon Kemanusiaan Islamic Relief Malaysia. - KitaReporters


Muhamad Izzat Ruslan, Pegawai Kanan Bahagian Program, Islamic Relief Malaysia sedang membantu penerima manfaat membawa barangan bantuan ke tempat meletakkan kenderaan. 


Irma Hasmie, Ikon Kemanusiaan Islamic Relief Malaysia turut membantu penerima manfaat membawa barangan bantuan menuju ke tempat kenderaan penerima. 

19
10
0
13
0
You will be interested