Seni & Sukan 11 Jan, 2023

Lucinta Luna dibawa pulang ke Jakarta dari Bangkok! Sakit gusi, tekak! Gagal tonton konsert Blackpink!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

LUCINTA LUNA


ARTIS sensasi, Lucinta Luna baru-baru ini mengejutkan peminatnya apabila artis kesayangan ramai itu terpaksa dibawa pulang dari Bangkok, Thailand ke Indonesia untuk mendapat rawatan di sebuah hospital di negara republik itu.

Sebelum itu, dikhabarkan Lucinta berasal dari Jakarta itu telah pergi ke Thailand semata-mata untuk menyaksikan konsert  Blackpink.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan artis sensasi Lucinta Luna

LUCINTA Luna menrima rawatan akibat sakit gusi dan kerongkong di Hospital Mayapada, Jakarta Selatan, Indonesia. - Kredit foto: Instagram @lucintaluna_manjalita


Namun, sebaik sampai di Bangkok, tiba-tiba artis itu yang juga seorang model dikatakan jatuh sakit menyebabkan dia membuat keputusan untuk pulang ke negara asalnya bagi mendapat rawatannya di Hospital Mayapada, Jakarta Selatan.

Ini dikatakan dia lebih selesa dan yakin dengan kepakaran pegawai perubatan di hospital berkenaan.

``Sedih banget hari ini baru sampai Bangkok padahal kondisi tubuhku drop yang menyebabkan harus wajid pulang ke Indonesia,’’ tulis Lucinta dalam instastorynya.



Artis tersebut dikatakan mengalami sakit gusi serta kerongkong sehingga menyebabkan dia sukar bersuara selain tidak dapat makan dan minum dengan sempurna.

Penyakit yang dialami itu adakala cecair merah keluar dari mulutnya.

``Ya Allah, semoga aku bisa nelan makan minum dengan normal ya Allah... fisioterapi dengan doktor @dhannigustiana di RS @mayapadahospital agar pembengkakan di gusi ini cepat kempes,'' tulis Lucinta.


Kredit foto : Instagram @lucintaluna_manjalita


Lucinta Luna nama asalnya Muhammad Fatah dan kemudian dikenali dengan nama Ayluna Putri kini sedang mendapat rawatan intensif di hospital di tanah airnya sendiri bagi memulihkan kondisi kesihatannya stabil.

Beberapa keping fotonya dimuat naik dalam Instagram @lucintaluna_manjalita memperlihat artis itu sedang mendapat rawatan selanjutnya di hospital berkenaan.

Portal Liputan6.com pada 9 Januari 2023 dipetik melapor, selepas bertolak dari Indonesia ke Bangkok, Lucinta mendapati kondisi tubuhnya tidak sihat serta lemah dan cita-citanya untuk menonton konsert Blackpink tidak kesampaian.

Dalam pada itu, portal KapanLagi.com dipetik berkata, Lucinta juga memuat naik video momen ketika sedang dirawat dengan menggunakan lagu Bunga Citra Lestari, KuasaMu sebagai backsound yang liriknya tentang minta ampun kepada Tuhan.

Artis yang berumur 33 tahun itu turut menunjukkan foto ketika dia diperiksa dengan CT scan. 


Kredit foto : Instagram @lucintaluna_manjalita


Beberapa netizen mengatakan artis itu sakit mungkin disebabkan pembedahan plastik dan ada juga dalam kalangan netizen menyindir semasa sakit baharu Lucinta ingat kepada Tuhan.

Tapi tidak sedikit pula yang merasa jikalau Lucinta sakit akibat keletihan kerana pada akhir 2022 dan awal 2023, artis tersebut begitu padat dengan aktivitinya.

Lucinta mengetahui ramai netizen menyindirnya ketika dia sakit itu tetapi dia berharap agar doa yang baik-baik sahaja untuk dirinya. - KitaReporters


Kredit foto: Instagram @lucintaluna_manjalita

8
12
0
10
0
You will be interested

Video| Bawa motor sambil bersila? Niat Paknil beri nasihat! Tapi dibidas netizen! Namun ada sokong!

Aznil Nawawi Paknil video tular motosikal skuter bersila penunggang menunggang motor beri pengajaran dibidas disokong nasihat kemalangan jalan raya berhemah

Video| Bekas peserta Vokal Mania jual kopi sambil nyanyi! Qiem Churros tak kisah hiburkan pelanggan!

Qiem Churros Muhammad Aidi Hakim penyanyi Vokal Mania 2020 Bakat RTM 2024 penjual minuman air kopi Kopi Tiktoker pengusaha usahawan Kemaman menyanyi kabin
Zul Akmar Jamaludin in Seni & Sukan 4 days ago

Video| Tak Sempurna tampilkan sisi berbeza Aril Pilus! Kembalikan kenangan muzik EDM, tarian shuffle!

Aril Pilus pelakon penyanyi pengacara penyampai radio hiburan single lagu Tak Sempurna EDM electronic dance music tarian shuffle Rocketfuel Entertainment
Fariza Saidin in Seni & Sukan 4 days ago

Video| Zaiton Sameon seorang yang kelakar? Berdekah ketawa! Pendedahan temu bual dengan stesen radio!

Dalam temu bual untuk Borak Selebriti, Zaiton Sameon bercerita mengenai lagu Menaruh Harapan dan kemalangan ngeri yang menimpanya.
Zul Akmar Jamaludin in Seni & Sukan 1 week ago