Seni & Sukan 21 May, 2024

Video| Hadiah Tuhan Paling Jelita! Dedikasi khas buat semua bergelar ibu, emak! Daripada Aiman Sidek!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Sebuah lagu ciptaan penuh komposer dan penyanyi, Aiman Sidek yang diberi judul Hadiah Tuhan Paling Jelita telah dilancarkan pada 12 Mei 2024. 

Diterbitkan oleh 4U Entertainment, single terbaharu ini merupakan dedikasi khas kepada semua yang bergelar Ibu bersempena dengan Hari Ibu atau Mother’s Day yang disambut pada Ahad ke-2 bulan Mei setiap tahun oleh kebanyakan penduduk di seluruh dunia, termasuk masyarakat di Malaysia. 

Aiman Sidek, penyanyi dan pencipta lagu ini berkata, “Hadiah Tuhan Paling Jelita merupakan karya yang sangat bermakna buat saya yang didedikasikan khas buat semua ibu yang telah bertarung nyawa untuk melahirkan kita ke dunia ini. 



"Bukan itu sahaja, Ibu, Emak atau Mama apa sahaja panggilan kita kepada mereka, merupakan individu yang telah memberi didikan dan kasih sayang sejak dari kecil seharusnya perlu terus dihargai hingga akhir hayat kita. 

“Lagu ini diinspirasikan ibu saya sendiri, Rasmah Yusof sosok yang tidak pernah putus mendoakan kami adik-beradik, selain sentiasa memberikan nasihat dan pedoman kepada kami dalam menyusuri hidup ini sehingga kini. 

"Inilah anugerah daripada Allah kepada kami, Hadiah Tuhan Paling Jelita.”

Single terbaharu ini akan menjadi salah sebuah lagu yang bakal ditampilkan dalam Album ketiga Aiman Sidek berjudul ‘Jiwa & Nyawa’, disokong oleh Kementerian Komunikasi melalui Mycreative Ventures di bawah program Dana Kandungan Digital. 

Album yang akan dilancarkan tahun ini (2024) itu mengandungi 10 buah lagu, termasuk lagu-lagu yang pernah hits dalam media sosial, carta radio, saluran penstriman muzik seperti Cinta Sejati, Dirgantara (duet bersama Alin Sidek) serta lain-lain lagi. 



“Hadiah Tuhan Paling Jelita diharap dapat menyentuh hati pendengar-pendengar, dalam terus menghargai seorang individu bergelar ibu, tidak kira yang masih ada ataupun yang telah pergi. 

"Selamat Hari Ibu juga diucapkan kepada semua yang bergelar ibu di seluruh dunia,” menurut Penerbit Eksekutif 4U Entertainment, Meor Alfaizal dan Raja Azraff. - KitaReporters/Kenyataan Media

9
9
0
11
0
You will be interested