Seni & Sukan 22 Jun, 2024

Video| Luruhnya Bunga Cinta! Tapi tak bagi Redza dan Bella! Cinta bersemi sehingga ke jenjang pelamin!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Kira-kira lima tahun dahulu Redza Rosli atau nama sebenarnya, Ahmad Redza Rosli, 32, pernah bercinta dengan pelakon Ayda Jebat. 

Tetapi tiba-tiba cinta beralih arah apabila Ayda bercinta dan memilih pengacara dan pelakon Nabil Mahir sebagai suami. Ayda dan Nabil berkahwin pada 1 Januari 2021. 

Redza terus menyepi dari alam percintaan dan memberi tumpuan kepada bidang lakonan. Sehingga Redza menjadi salah seorang pelakon lelaki berwatak yang laris.




Terjebak dalam cinta lokasi tidak dapat dielakkan dalam kalangan insan seni. Redza jatuh hati dengan Bella Hanna atau Farhana Nabila Rosman, 28  yang turut berlakon dalam drama bersiri ‘Luruhnya Bunga Cinta’ terbitan Global Station dan disiar TV3 pada September 2023.

Bijak menyimpan rahsia dan dapat mengelak daripada dikesan pengamal media, tetapi akhirnya kedua-duanya tidak lagi mampu menyembunyikan hubungan mereka selepas sah menjadi suami isteri pada Jumaat, 21 Jun 2024.




Majlis akad Redza dan Bella berlangsung kira-kira jam 4.05 petang di sebuah premis acara Forest Valley di Cheras, Selangor dengan sekali lafaz. 

Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Rosman Abdullah dan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Mohamad Mustaqim Sarmuji.

Pada majlis tersebut, Redza menyerahkan RM3,000 sebagai mas kahwin berserta lima dulang hantaran namun wang hantaran dirahsiakan.


Manakala pengantin perempuan turut menyerahkan tujuh dulang hantaran kepada pihak lelaki. Antara barang hantaran yang diserahkan pihak pengantin lelaki berupa cincin, beg tangan, minyak wangi, kasut, Nintendo Switch dan permainan video PlayStation 5 (PS5). 

Majlis turut dihadiri sejumlah rakan artis antaranya Adam Lee, Sweet Qismina, Datin Elvina Mohamad, Datin Intan Najuwa, Erysha Emyra, Zamarul Hisyam, Diana Rafar dan Tracie Sinidol. - KitaReporters



14
9
0
18
0
You will be interested