Seni & Sukan 16 Jan, 2026

Video| Kata-kata kebenaran! Papa Zola terus mengaum! Kutip RM60j, 34 hari tayangan! Akan atasi EATM2?

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Filem animasi kekeluargaan ‘Papa Zola The Movie’ (Papa Zola) terus mengaum. 

Melepasi hari ke-34 tayangan, ia telah ditonton bertiket sebanyak 3.75 juta kali dan mencatat kutipan RM60 juta, menurut lnstagram @pfmproducers.



Dengan masih mendapat sambutan, pihak pawagam memberi peluang ‘Papa Zola’ terus ditayang dan dalam masa beberapa hari lagi ‘Papa Zola’ dijangka mampu menewaskan filem Ejen Ali The Movie 2’ (EATM2) yang kini memegang kutipan tiket RM62.3 juta.


/


Jika ‘Papa Zola’ berjaya mengatasi ‘EATM2’ ia akan menjadi filem Malaysia dengan kutipan keempat tertinggi selepas ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’ (RM89.4 juta), ‘Blood Brothers: Bara Naga‘ (RM76 juta) dan ‘Sheriff: Narko Integriti’ (RM64 juta).

Syarikat pengeluar, Monsta Studios sebelum ini telah mencatat kejayaan membanggakan melalui filem animasi ‘BoBoiBoy: The Movie’ (2016), ‘BoBoiBoy Movie 2’ (2019) dan ‘Mechamato Movie’ (2022).



Dan menurut Mohd Nizam Abdul Razak, 42, selaku Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Monsta Studios dan yang juga pengarah filem, ‘Papa Zola’ akan ada sambungannya setelah melepasi kutipan RM60 juta.

Monsta Studios yang dahulunya dikenali Animonsta Studios ditubuh pada 15 September 2009.

Dimiliki oleh pengasas bersama Mohd Nizam Abdul Razak, Muhammad Anas Abdul Aziz, Mohd Safwan Abdul Karim, dan Kee Yong Pin, Monsta telah menghasilkan beberapa siri animasi untuk TV dan filem animasi dengan kutipan memberangsangkan.

Filem animasi ‘BoBoiBoy The Movie’ (2016) menerima kutipan RM20 juta, ‘BoBoiBoy Movie 2’ (2019) RM30 juta dan ‘Mechamato The Movie’ (2022) RM35.88 juta.

Bagi Monsta Studios sasaran asal kutipan ‘Papa Zola’ ialah RM40 juta, namun kini berjaya melangkah jauh.


‘Papa Zola’ dirancang untuk mendonia dengan 13 negara sudah dalam senarai. Ia bermula dengan tayangan di Indonesia mulai 22 Januari 2026 dan diikuti India, Vietnam serta diikuti pasaran India, Vietnam serta pasaran Asia Barat yang merangkumi Arab Saudi, UAE, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar dan Turki pada April 2026.

Untuk itu, ‘Papa Zola’ akan dialih suara ke beberapa bahasa. Selepas negara-negara itu, ‘Papa Zola’ cuba dipasar dengan lebih meluas ke beberapa negara lain. - KitaReporters

15
13
0
13
0
You will be interested