Seni & Sukan 05 Aug, 2025

Bukan Tiga Abdul daa! Tapi Tiga Abdul La! Dibarisi Atu, Joe & Dewa! Bersama 12 selebriti jemputan!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

Sempena sambutan Hari Kebangsaan bulan Ogos 2025 ini, RTM tayang program realiti terbaharu berjudul "Tiga Abdul La!", menampilkan tiga pelawak popular iaitu Atu (Zero), Dewa Arteh serta Joe Aziz. Bersama 12 selebriti jemputan lain dalam siri 13 episod, bersiaran setiap Ahad, pukul 9.00 malam di saluran Okey dan RTMKlik. - KitaReporters



Dari kiri: Dewa Arteh, Joe Aziz dan Atu Zero.


Sempena sambutan Hari Kebangsaan bulan Ogos 2025 ini, RTM mengumumkan tayangan program realiti terbaharu berjudul "Tiga Abdul La!", menampilkan tiga pelawak popular iaitu Atu (Zero),  anak Allahyarham Mr Os iaitu Dewa Arteh atau nama sebenarnya, Mohamad Hazwan Mohd Yusof serta pempengaruh Joe Aziz.

Barisan selebriti popular tanah air berkenaan akan menyahut cabaran ikhtiar hidup bersama 12 selebriti jemputan lain dalam siri 13 episod, bersiaran setiap Ahad, pukul 9.00 malam di saluran Okey dan RTMKlik.

12 jemputan selebriti terbabit terdiri daripada Saiful (Zero), Mek Yun, Amy Dangin, John Bear, Dayana Roza, Amerul Affendi, Apiz Paschya, Kween Keela, Ebi Kornelis, Kimberly Chuah, Shamsul Danish dan Michelle Lunga.


Joe Aziz yang turut bertindak sebagai hos rancangan 'Tiga Abdul La!' adalah juga pemilik kedai alat pancing dan madu.


Menariknya lokasi yang dibawakan dalam program ini menerokai keindahan alam yang terdapat dalam negara termasuklah di Sabah dan Sarawak dengan aktiviti kebiasaan yang dilakukan masyarakat setempat, sekali gus memberikan pengalaman berharga buat semua peserta.

Format program menyaksikan dua kumpulan ditubuhkan melalui cabutan undi, di mana setiap kumpulan akan mempunyai dua orang peserta.

Mereka dikehendaki untuk membuat peralatan menangkap ikan dan belut menggunakan pancing dan juga bubu buatan sendiri. 

Hasil tangkapan bagi kedua-dua pasukan perlu dimasak dengan kreatif mengikut menu khas yang ditetapkan, waima kos pembelian bahan-bahan masakan adalah terhad.




Siapa yang tidak kenal dengan pempengaruh berketurunan Cina kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Mek Yun?

Antara cabaran yang bakal menguji ketahanan Mek Yun dapat disaksikan dalam episod dua di mana beliau dan. kumpulannya ditugaskan untuk memancing ikan sasaran di parit sawah dan mencari umpan dengan ikhtiar sendiri.

Tanpa sebarang pengalaman, adakah Mek Yun dan rakan-rakannya berjaya melepasi tugasan memancing dan memasak diberikan.


Arteh bersama Kimberly Chuah dalam salah satu babak melaluui  cabaran masing-masing.


Selain itu, pada episod seterusnya, penyanyi band ‘Budak Nakal Hujung Simpang’, John Bear ditugaskan mencipta sebatang pancing lengkap hanya menggunakan batang joran dan dawai untuk menangkap ikan baung dengan umpan ikan tapa yang telah diperam an berbau busuk.

Berjayakah mereka mengharungi cabaran sukar itu?

Cabaran di laut pula menyaksikan pelakon Dayana Roza berhadapan dengan lautan bergelora, menyebabkan salah seorang ahli pasukannya mabuk. 


Dayana Roza dalam satu babak 'Tiga Abdul La!'.


Program diteruskam dengan kemunculan pelakon serba boleh, Amerul Affendi yang perlu menaikkan udang sebagai tangkapan sasarannya menggunakan pancing buatan sendiri serba ringkas.

Sebuah bot diberikan untuk kedua–dua pasukan berkongsi bagi merealisasikan cabaran mereka.

Berikutnya Atu atau nama sebenarnya,Sharif Kunal bin Doli Sharif serta Joe Aziz dan Dewa ditemani pula pelakon yang sedang meningkat naik iaitu Kimberly Chuah, yang perlu  menghadapi cabaran memancing dan memasak sebagai ikhtiar hidup di sungai Rompin Pahang. 

Telah pun mulai bersiaran pada episod pengenalannya sejak 3 Ogos 2025 lalu, usah ketinggalan menyaksikan seterusnya cabaran-cabaran yang dilalui selebriti kegemaran anda yang terlibat melalui  saluran Okey dan RTMKlik.

Baca judulnya teringat filem komedi Tan Sri P.Ramlee 'Tiga Abdul" (1964) yang dibarisi bersama pelakon Haji Mahadi dan S. Kadarisman.- KitaReporters

20
11
0
7
0
You will be interested