Mr E telah memperlihat keseriusan untuk memiliki hati Erra Fazira dengan menggunakan pasukan perancang perkahwinan bagi memastikan majlis akad pada 12 Disember 2025 dan resepsi berjalan lancar.
Malah bagi acara resepsi sebelah Erra pada 27 Disember 2025, Mr E mewujudkan majlis resepsi meriah tersendiri. Mr E bersengkang masa beberapa hari bagi memastikan majlis resepsi sebelah Erra berjalan lancar dan penuh kenangan.
Dia sanggup belajar menari dan mencipta melodi dan lirik lagu ‘Cinta Erra’ serta menyanyikannya untuk persembahan Istimewa.

Dan bagi membalas sumbangan dan pengorbanan besar Mr E terutama dalam majlis resepsi sebelah Erra pada 27 Disember 2025. Erra membalas kerja keras suaminya dengan memberi satu hadiah Istimewa.
Hadiah Istimewa itu akan menjadi kenangan sepanjang hayat bagi pasangan suami isteri ini.
Erra menanggung pemergian menunai umrah berdua. Ia bukan dianggap berbulan madu, sebaliknya dianggap bermusafir ke Tanah Suci.
Erra dan Mr E muncul mesra dalam segmen Trio Petang, Radio Sinar pada petang Khamis, 1 Januari 2026 dan menyatakan akan pergi menunai umrah pada Jumaat, 3 Januari 2026.

Menurut Erra, sepatutnya perjalanan ke Tanah Suci Mekah dan Madinah adalah hadiah kejutan buat Ezwan, namun terpaksa didedahkan lebih awal kerana perlu menguruskan pasport dan permohonan visa.
“Ini hadiah saya kepada suami. Kami pergi berdua. Sebenarnya hadiah ini adalah kejutan untuk suami, tapi saya terpaksa beritahu destinasinya kerana perlu dapatkan pasport untuk mohon visa.
“Pada awalnya saya hanya minta dia ‘block’ tarikh saja dan beritahu nak bawa ke sebuah tempat, tapi sebab tiada pilihan saya terpaksa beritahunya,” katanya dalam satu video yang dimuat naik dalam akaun Instagram rasmi Sinar FM.

Erra dalam InstaStorynya pula memohon doa daripada orang ramai agar perjalanannya ke Tanah Suci bersama suami dipermudah.
"Doakan kami. Moga semuanya berjalan lancar dan diberkati. Mohon maaf andai ada salah dan silap di mana-mana daripada kami berdua," tulisnya.
Dalam perkongsian itu Erra dan Ezwan dilihat sudah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sementara itu, sambutan hari lahir Mr E pada setiap 2 Mei yang biasanya disambut di Malaysia, kali ini rasa kelainan apabila disambut bersama isteri di Madinah. - KitaReporters

Mr E meyambut hari lahir bersama isteri di Madinah