Seni & Sukan 23 Nov, 2022

Video| Finally! Angan-angan dari kecil tercapai! Pemuda kongsi pengalaman daki tangga hentian PLUS!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


Jika anda melihat sesuatu pemandangan namun jika tidak disinggah keberangkalian merasa rugi itu agak tinggi sekali kerana asal lalu tidak singgah.

Itulah yang terjadi kepada seorang pemuda apabila beliau yang sudah lama memerhatikan tangga dekat kawasan henti sebelah Pedas Linggi di Lebuh Raya Utara Selatan ini.

Tular sebuah video yang memaparkan beliau sangat gembira kerana impiannya sejak zaman kanak-kanak untuk memanjat tangga di lebuh raya PLUS ini akhirnya tercapai.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti mendaki



"Ini angan-angan aku sejak kecil aku terlepas tetapi hari ini aku tengok ada lori berhenti tepi, jadi aku baru teringat nak tengok tempat itu," ujarnya.

Beliau menyatakan dalam video tersebut terpaksa memanjat lebih 200 anak tangga untuk sampai ke atas bukit

Apabila tiba di puncak, kelihatan pemandangan lebuh raya di pondok rehat sambil tertanya ada ke orang lain yang panjat tangga untuk berehat.

Rata-rata netizen yang melihat video ini berpendapat kawasan yang didaki ini agak keras dan juga bahaya.



Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berpendapat ingin melihat sendiri atas tangga tersebut. Malah, mereka semua berterima kasih kepadanya kerana menjawab dan berseloroh mengatakan ini adalah lokasi untuk healing (pemulihan). - KitaReporters


2
15
0
11
0
You will be interested