Seni & Sukan 30 Jan, 2024

Video| Steve Yap berbaju Melayu depan masjid! Ramai sangka dah peluk Islam! Hanya satu salah faham!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


Pelakon dan pengarah, Steve Yap telah berkongsi satu video dalam TikTok miliknya menunjukkan dia berbaju Melayu dan lengkap bersongkok di hadapan sebuah masjid.

Gayanya yang segak itu membuatkan ramai netizen terpesona. 

Tidak menghairankan kerana Steve merupakan seorang model terkenal satu ketika dulu. Dan sebagai pelakon, pelbagai watak harus digalas dengan penuh tanggungjawab.


Masih segak walaupun sudah berusia 52 tahun.


Namun, perkongsiannya itu mengundang salah faham netizen yang menyangkakan dia sudah memeluk Islam. 

Dalam video berkenaan, Steve menjelaskan ini kali pertama dia masuk ke dalam masjid. Malah, dakwanya dia berasa malu kerana sebagai rakyat Malaysia, perkara itu tidak sepatutnya berlaku.



“Selamat pagi. Hari ini uncle rasa ada malu sedikit, teruja dan gembira. Rasa malu sebab sebagai warganegara Malaysia, seumur hidup saya ini, pertama kali uncle masuk ke dalam masjid. 

"Sepatutnya benda ni sudah lama berlaku. Tapi mungkinlah hari ini ada hikmah sebab sebagai pelakon, kita main watak-watak berlainan.

“Saya memegang watak sebagai mualaf dan boleh masuk masjid serta menyaksikan akad nikah buat kali pertama. Sebelum ini uncle langsung tak tahu apakah upacara akad nikah itu. Hari ini saya sudah tahu serba sedikit,” ujarnya yang suka membahasakan diri sebagai uncle.



Jadi, tidak hairanlah ada yang salah faham kerana menyangka pelakon berusia 52 tahun ini sudah memeluk Islam. Tidak mudah melatah, Steve dilihat tenang menjelaskan salah faham itu dalam ruangan komen. 

“Adakah awak seorang Islam?,” tanya salah seorang netizen. Malah, setelah Steve menjelaskannya, individu itu mendoakan pula agar pelakon tersebut akan memeluk Islam satu hari nanti.

Ramai juga mendoakan perkara yang sama. Dalam satu video berlainan yang dikongsi oleh Steve, dia mengulas mengenai isu tersebut lebih dengan lebih jelas. 

Dia berterima kasih kepada yang mendoakannya. Namun, buat masa ini, dia lebih selesa dengan kepercayaan yang dianutinya selama ini.



Selain salah faham mengenai status agamanya, ada juga yang memuji ketampanan Steve yang tidak dimakan usia.

“Saya tak mahu panggil awak uncle. Rasa tak kena panggil uncle handsome macam ni. Saya dulu kerja berdekatan Ampang Park. Selalu nampak awak lalu pergi bank, dekat kedai roti,” tulis salah seorang netizen. - KitaReporters


17
12
0
6
0
You will be interested