Seni & Sukan 24 Mar, 2025

Hebat ni! Ada WhatsApp group untuk bincang menu buka puasa! Ahmad Dhani, Mulan Jameela, anak-anak!

@dsa wahab
Memulakan kerjaya sebagai wartawan sepenuh masa di bahagian majalah Karangkraf, kemudian ke akhbar cabaran Sinar Harian sebelum menjadi wartawan sambilan di Utusan Malaysia. Apapun sekali saya menulis, selamanya tetap menulis...

Share this


Selain menjalani ibadah wajib sebagai orang Islam, berpuasa pada bulan Ramadan, antara perkara lain yang turut menjadi perhatian adalah penyediaan berbuka puasa dan bersahur. Lebih-lebih figura terkenal yang sudah berkeluarga.

Ramadan ini adalah detik terindah buat personaliti Dewa 19, Ahmad Dhani dan isterinya, Mulan Jameela yang menjadikan sepanjang bulan Ramadan adalah momen indah bersama keluarga sambil menikmati hidangan ‘special’. 

Memetik laporan Liputan6.com, Jakarta, Mulan Jameela berkongsi cerita mengenai menu sahur dan buka puasa bersama Ahmad Dhani serta anak-anaknya sepanjang Ramadan. 

Bagi sambutan Ramadan tahun ini, mereka nampaknya semakin terbuka untuk berkongsi cerita. Sekali-sekala apa salahnya, ramai peminat sudah lama tidak dengar perkembangan terkini keluarga seni ini.


Keluarga bahagia... Mulan Jameela dan Ahmad Dhani sekeluarga bergambar kenangan ketika keluar makan malam di sambutan hari ulang tahun kelahiran anaknya Safeea (empat, dari kiri).


Menurut Mulan, suaminya bukanlah jenis cerewet dalam soal makanan. Semasa bersahur, Ahmad Dhani tidak pernah membuat banyak permintaan dan hanya makan menu yang disediakan di atas meja.

"Dia tidak cerewet, cuma mahukan apa yang ada. Dia juga langsung tidak pernah menyusahkan. Itu yang membuatkan saya senang untuk menyediakan hidangan sahur untuknya.

“Jika ada permintaan pun, dia biasanya meminta hidangan yang kering-kering atau sayur-sayuran," kata yang kini menetap di Senayan, Jakarta.

Dalam pada itu, untuk berbuka puasa, penyanyi yang popular menerusi lagu Teman Tapi Mesra itu mempunyai cara tersendiri dalam menyusun hidangannya agar tidak membosankan.

Dia membuat ‘list’ atau menulis menu mingguan supaya makanan yang dihidangkan nampak pelbagai, tidak terlalu kerap diulang dan yang penting senarai itu hidangan menyelerakan keluarganya.

"Macam-macam, saya tulis menu… selalunya setiap Ahad saya sediakan lebih Istimewa untuk buat kelainan. Kadang ada makanan Sunda, sayur segar, kadang ada sup tulang rusuk, ikan masin. Kita nak semuanya ada," jelasnya lagi.


Mulan Jameela berkongsi cerita menarik tentang menu sahur dan berbuka, suami dan anak-anaknya.


Seperti tahun lalu (2024), Mulan mengakui bersama Ahmad Dhani telah mencipta kumpulan WhatsApp (WA) membabitkan ahli keluarga dan pembantu rumah mereka. Grup WA itu katanya, bagi membincangkan menu berbuka puasa yang akan disiapkan nanti.

"Jadi saya ada grup masakan, saya boleh kongsi sama ada daripada Instagram atau TikTok sebab kadang-kadang menu juadah menjadi motivasi untuk kita ketika berbuka. Jadi kalau tak cukup rujukan, ia macam terlekat dalam kepala," katanya.

Mulan menjelaskan, dalam kumpulan WA itu terdapat Ahmad Dhani yang tugasnya hanya meluluskan menu berbuka puasa sebelum mereka semua masuk ke dapur.

Wanita hebat yang juga merupakan ahli politik Indonesia (Ahli Dewan Perwakilan Rakyat atau ADPR) ini turut mendedahkan bahawa cita rasa keluarganya adalah fleksibel. 

Namun begitu, hanya anaknya, Safeea yang cerewet tentang makanan yang lebih menggemari hidangan 'western'. Selain Safeea, Mulan juga mempunyai anak lelaki, Muhammad Ali, hasil perkahwinannya bersama Ahmad Dhani.

"Safeea hanya suka makanan Barat, biasalah anak-anak zaman sekarang memang suka makanan yang simple," ujarnya.

Tambahnya lagi, Mulan akan cuba semaksimum mungkin menghabiskan waktu berbuka puasa di rumah, bersama suami dan anak-anaknya.

"Ya dong, pulang buka puasa sama keluarga. Sampai sekarang masih kumpul sama anak-anak, suami saya, dan saya pulang ke rumah. Insya ALLAH selanjutnya seperti itu," akhirinya.


Ahmad Al-Ghazali bersama Ahmad Dhani


Sementara itu, terdahulu, dalam perkembangan lain, figura tersohor Indonesia, Ahmad Dhani itu pernah meminta anaknya Ahmad Al-Ghazali atau dikenali sebagai Al mengurangkan aktiviti seni bagi menghormati bulan Ramadan. 

Ahmad Dhani mahu anak-anaknya memberi perhatian kepada ibadah puasa dan tidak terlalu banyak meninggalkan ibadah tersebut dengan alasan bekerja, khususnya aktiviti seni.

Katanya, kurangkan aktiviti muzik seperti penggambaran atau persembahan pentas, namun promosi atau temu bual tidak menjadi masalah dan dia membenarkan.

Semoga pasangan ini mampu menjadi selebriti contoh buat keluarga lain. - KitaReporters

12
18
0
20
0
You will be interested