Seni & Sukan 03 Jun, 2023

Rosakkan Malaysia Madani! Batalkan serta merta Gang Bang JB Party! Bawa kondom, tuala! - ABIM

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor membantah sekeras-kerasnya penganjuran “Gang Bang JB Party” yang bakal dianjurkan pada 20 Jun 2023. 

Tular dala, media sosial “Twitter” kad jemputan atau poster program tersebut yang akan diadakan di sekitar Bandar Raya Johor Bahru pada jam 4 petang hingga 9 malam. 

Penganjuran Gang Bang JB Party jelas memberi imej buruk kepada gagasan Malaysia Madani dan Kerajaan Negeri Johor yang sentiasa memartabatkan agama Islam. 

Termaktub dalam Fasal 57, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor bahawa “Adalah yang dikatakan ‘Agama Negeri’ bagi jajahan dan Kerajaan Johor ini iaitu Agama Islam”. 

Oleh demikian, demi memastikan rahmat Islam tersebar ke seluruh masyarakat, program ini mesti dibatalkan serta merta. 

Difahamkan program tersebut adalah terbuka kepada semua kaum dan tidak membenarkan sebarang rakaman video dan gambar. 

Maklumat yang telah ditularkan juga mengajak orang ramai yang mahu menyertainya supaya membawa kondom dan tuala sendiri.

ABIM Johor menyambut baik seruan pihak Kerajaan Johor melalui Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Mohd Fared Mohd Khalid yang membantah sebarang penganjuran aktiviti tidak bermoral di Negeri Johor Darul Takzim. 

Pada Disember 2022, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) telah berjaya menghalang penganjuran pesta buih yang diadakan secara tertutup di salah sebuah hotel mewah di Bandar Raya Johor Bahru.  

Justeru, ABIM Johor menggesa pihak berkuasa tempatan supaya membatalkan serta merta penganjuran Gang Bang JB Party agar seluruh rakyat Bangsa Johor terhindar daripada aktiviti maksiat dan tidak bermoral. 

ABIM Johor juga merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak Polis Johor dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor yang telah melakukan siasatan dan menghalang program tidak bermoral tersebut dilaksanakan. 


Farhan Ashari

Yang Dipertua ABIM Negeri Johor



14
13
0
10
0
You will be interested