Seni & Sukan 28 Sep, 2022

Video| Allah lindungi anak aku! Rider tulis emergency contact pada beg! Bapa tersentuh, jadi sebak!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. ([email protected])

Share this


PERKONGSIAN seorang bapa berasa sebak melihat satu tulisan pada beg GrabFood anaknya yang bekerja sebagai ‘rider’ atau penghantar makanan turut menjentik emosi orang ramai dalam media sosial.

Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna media sosial bernama @mijikofruito, kelihatan tulisan pada beg Grab itu memaparkan nombor telefon yang diselitkan dengan nama abah.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penghantar makanan


Saya tersentuh terbaca. Bergenang air mata saya bila ternampak apa yang anak saya tulis pada beg.

“Ya Allah kau lindungi anak aku dalam urusan seharian keluar mencari rezeki. Jauhkan daripada benda yang tidak dingini,” luahnya dalam laman aplikasi TikTok.

Meninjau dalam ruangan komen, pengguna media sosial turut mendoakan agar setiap urusan rider yang keluar berhadapan risiko di atas jalan raya bagi mencari rezeki dipermudah segala urusan mereka.



“Masyaallah, cerdik anak tuan. Semoga menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara,” kata @adenandawjee.

“Semoga anak tuan dilindungi Allah dalam setiap pekerjaaanya,” ujar @cikdarazak.

“Untuk semua rider semoga anak-anak semua dilindungi Allah dipermudahkan urusan dalam mencari rezeki, ameen,” jelas @ErzaAli. - KitaReporters


13
11
0
12
0
You will be interested