Seni & Sukan 28 Sep, 2022

Video| Jangan jadi pak lahap sangat mak ayah! Buruk betul perangai! Ingat orang belakang jugak!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


SEBUAH video telah tular dalam media sosial memaparkan pengunjung di sebuah ekspo jualan barangan bayi yang membeli barangan dengan sangat banyak sehingga tidak memberi peluang orang lain untuk membeli barangan yang dijual juga.

Kejadian ini menunjukkan bahawa pengunjung yang sangat tamak ini sanggup tolak menolak demi mengambil barangan keperluan bayi ini antaranya botol susu bayi yang berjenama dijual dengan harga yang murah.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kejadian berebut-rebut


Netizen semua berasa geram dengan tindakan segelintir pengunjung ekspo ini kerana mengambil barang dengan kuantiti yang sangat banyak sehingga menghabiskan stok yang dikeluarkan. 

Bukan itu sahaja, ada juga pengunjung yang sanggup berebut membeli barangan bayi sambil mendukung bayinya.

Rata-rata netizen berpendapat bahawa pengunjung yang membeli barangan terlampau banyak adalah personer shopper

Namun, rata-rata netizen marah kerana mereka mengambil barang terlalu banyak dan tidak memberi peluang kepada pengunjung lain untuk membeli barangan bayi yang dijual pada ekspo tersebut.



Komen yang diberikan juga pada video ini juga mengatakan sepatutnya mereka semua tidak bolehlah berkelakuan seperti ini. Apapun beringatlah, dan jangan lupa orang lain yang hadir ke ekspo tersebut untuk membeli juga. - KitaReporters


8
11
0
24
1
You will be interested