Seni & Sukan 20 Sep, 2022

Video| Semoga Siti Nurhaliza kembali sihat! Hilang suara kerana bronkitis ringan! Kesan Covid-19!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Bagi penyanyi, gangguan suara adalah antara perkara yang ditakuti.

Terbaharu penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin (Tok Ti), 42, ‘hilang suara’ akibat flu dada atau bronkitis ringan (mild bronchitis) kesan Covid-19.

Pada Ogos 2022 lalu, Tok Ti mendedahkan dia baru sahaja sembuh daripada dijangkiti Covid-19 selepas pulang bercuti dari London, England.
Akibat diserang batuk-batuk sejak beberapa hari lalu, Tok Ti mengalami suara serak yang serius.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi Siti Nurhaliza


Kerana kerap mengalami batuk terutama pada waktu tengah malam, Tok Ti terpaksa melakukan pemeriksaan imbasan X-ray.

“Baik kita buat X-ray ya. Tak tahan dah batuk-batuk tengah malam,” kongsinya dalam hantaran InstaStory.

Selepas selesai menjalani imbasan X-ray, penyanyi ini  disahkan mengalami bronkitis tahap sederhana akibat kesan jangkitan Covid-19.  

Disebabkan itu, Tok Ti terpaksa menggunakan inhaler selain dibekalkan dengan beberapa ubat-ubatan lain




Beberapa hari lalu, Tok Ti berkongsi keadaannya yang tidak berapa sihat menerusi sebuah video ketika menghadiri majlis sambutan ulang tahun ke-3, jenama perniagaannya, BeauSiti.

Siti memaklumkan, suaranya ‘hilang’ dan kedengaran garau akibat batuk berterusan

Dia juga memberitahu anak keduanya, Afwa juga mengalami demam dan tidak dapat tidur sehingga turut mengganggu tidurnya kerana berjaga malam

“Jadi ibu kadang-kadang masa tak cukup, jaga anak. Afwa demam tak tidur, saya pun ikut tak dapat tidur. Hilang suara saya, lagipun memang ada batuk sikit,” katanya dalam video itu.

Malah keadaan suara penyanyi ini yang tampil membuat siaran langsung dalam Instagramnya  dilihat semakin teruk sehingga menyukarkannya bercakap. - KitaReporters


12
18
0
11
0
You will be interested