Seni & Sukan 23 Oct, 2022

Video| Elak membazir! Wanita sedekahkan goodies kepada pondok tahfiz! Majlis kahwin adik dibatalkan!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. ([email protected])

Share this


Perkongsian seorang gadis menceritakan yang beliau reda dengan ujian terhadap keluarganya apabila majlis perkahwinan adiknya terpaksa dibatalkan pada saat akhir telah meraih perhatian orang ramai dalam media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama @waty1105, segala persiapan majlis telah dibuat dengan lancar namun akhirnya segala door gift atau goodies (cenderamata) yang telah disediakan untuk majlis perkahwinan akhirnya bertukar untuk dihadiahkan kepada ahli-ahli pondok tahfiz sebagai satu bentuk sedekah dan mengelak pembaziran


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan amalan bersedekah


Kelihatan goodies itu berbentuk air minuman dan sejadah yang diletak di dalam beg kertas itu disedekahkan kepada yang memerlukan.

Hari ini sepatutnya tarikh nikah adik, tetapi terpaksa keluarkan segala goodies untuk mengelakkan pembaziran,” kongsinya dalam aplikasi TikTok.

Rata-rata pengguna media sosial menzahirkan rasa simpati kepada keluarga wanita itu serta memberi kata semangat bahawa setiap ujian yang menimpa pasti ada hikmah di sebalik ujian yang dihadapi.



“Allahu, semoga tabah kak. Sebaik-baik perancang, Allah lebih mengetahui segalanya kak. Kekal kuat, mungkin ada yang lebih baik selepas ini,” kata @ielashamsuri.

“Bersabarlah dengan dugaan dari Allah. Insyaallah, Allah mahu beri yang lebih baik untuk kamu. Sedekahkan la sedikit goodies yang cantik itu kepada akak kalau sudi,” ujar @Sely_na.

“Tidak dapat pahala dan nikmat nikah. Tetapi pasti dapat pahala sedekah dan nikmat bersedekah sepanjang benda yang kita sedekahkan itu membawa manfaat kepada penerima,” jelas @mr.cicak. - KitaReporters


13
12
1
14
0
You will be interested