Telefilem ‘Ayah’ ikut jadual asal sepatutnya ditayang dalam saluran Salam HD, Unifi TV pada bulan November 2025 ini. Namun atas sebab tertentu tayangannya ditangguh ke suatu tarikh lain.
Dharma atau nama sebenarnya Mohamad Azman Harun Arashid cukup gembira mendapat tawaran berlakon sebagai ayah daripada A Aida Production setelah 13 tahun tidak berada di set.
Walaupun dalam keadaan kurang sihat, dia tetap bersemangat menjalani penggambaran pada pertengahan Ogos 2025. Dan Dharma tidak sabar untuk menonton telefilem lengkap ‘Ayah’ itu.
Namun penggambaran selama 4 hari itu membuat Dharma penat dan perlu mendapatkan rawatan setelah penggambaran.

Dharma sejak beberapa tahun mempunyai beberapa penyakit kronik termasuk lelah dan jantung.
Produser prolifik Datuk A Aida atau Zaidah Awang, 55, melawat Dharma pada 8 Julai 2025 dan memberi kontrak lakonan kepada pelakon veteran itu. Dia berjanji akan memberi peluang berlakon beberapa drama berlakon dalam beberapa drama keluaran rumah produksi A Aida Production.
Ia bagi membolehkan Dharma bertahan hidup bagi tempoh setahun bagi menampung makan minum. kos perubatan, membiayai pengajian 2 anaknya dan membayar sewa rumah.
Ikut cerita asal pelakon utama adalah wanita, namun A Aida menukar pelakon utamanya ialah lelaki untuk dibawa Dharma dengan pengarahnya tetap Zul Huzaimy.
A Aida Production sudah merancang enam drama/telefilem lakonan Dharma selama 6 bulan mulai Januari 2026 bagi membolehkan dia mendapat pendapatan tetap.


Dharma sempat berlakon dalam dalam telefilem 'Ayah'.
Dharma mencipta nama melalui kemunculan sulung dalam filem pecah panggung ketika itu ‘Adik Manja’ sebagai Cikgu Azmi pada 1980 dan beberapa filem lain.
Ketika sihat, Dharma selain berlakon dan menyanyi, dia turut bekerja di belakang tabir sebagai pengarah, penulis skrip dan produser.
Dharma pernah menghasil filem ‘Adik Manja Returns’ pada 2012, terbitan syarikatnya dan dia turut menjadi pelakon, penuls skrip dan pengarah bagi filem itu.

Setelah kisah Dharma tidak mendapat kerja (job) seni beberapa lama tersiar dalam media massa dan media sosial, Dharma dikunjungi sejumlah insan seni untuk mengetahui perkembangan terkini dan memberi sumbangan barangan dan kewangan.
Dan beberapa persatuan artis turut menghulurkan sumbangan. Kementertian Komunikasi juga turut memberi sumbangan melalui Persatuan Kebajikan Artis Veteran (PKAVM).
Malah Dharma juga menerima sumbangan peribadi daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dan pada 17 Oktober 2025, Dharma dikunjungi Pengurus Besar Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA), Fakrul Islam Juhali dan dua doktor untuk melihat keadaan kesihatannya.
Dharma berterima kasih dengan kunjungan itu dan jika ada kesempatan hendak bertemu dengan Sultan Pahang.

Jenazah Dharma selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Fasa 2, Batu Caves, Selangor pada jam 12.30 tengah hari Rabu, 26 November2025. Sementara solat jenazah diimamkan oleh anak Dharma, Muhammad Al-Syafiq di Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur.
Pengebumian Allahyarham Dharma lancar dengan dihadiri kira-kira 100 orang termasuk ahli keluarga, rakan seni dan kenalan terdekat bagi memberi penghormatan terakhir.
Antara rakan artis yang hadir adalah Datuk DJ Dave, Datuk Yusof Haslam, Mubarak Majid, Zaidi Omar dan Noor Kumalasari.

Anak-anak Allahyarham menyiram air mawar dan berdoa selepas jenazah Dharma bersemadi. - Kredit foto: BH Online
Kini dua anak kebangaan Dharma, Siti Qurratu Aini, 37, dan Muhammad Al-Syafiq, 36, perlu dibantu untuk menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda di Akademi Seni Budaya dan Warisan Negara (ASWARA).
Ia sebagai memenuhi harapan Dharma agar anak-anaknya berjaya dalam pelajaran. Juga mendapat pekerjaan baik sesuai kelulusan.
Langkah Perbadanan Filem Nasional (FINAS) untuk membantu kedua-dua anak anak adalah tindakan wajar.
Menurut CEO FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, pihaknya akan berbincang dengan ASWARA bagi melihat bentuk bantuan yang sesuai disalurkan, khususnya dari sudut pendidikan.
