Seni & Sukan 25 Dec, 2022

Video| Piala AFF 2022: Harimau Malaya beraksi cemerlang! Menang 5-0 tundukkan Laos! Bertemu Vietnam!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


MALAYSIA tiada masalah untuk mencatat kemenangan kedua apabila menewaskan Laos 5-0 dalam aksi peringkat kumpulan Piala AFF 2022 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Disember 2022. 

Bermain di halaman sendiri, membolehkan Harimau Malaya mempamerkan aksi lebih baik berbanding perlawanan pertama baru-baru ini. 

Tempo permainan juga lebih laju dalam perlawanan ini kerana tuan rumah perlu menang bagi mencerahkan lagi peluang ke separuh akhir. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Piala AFF



Namun ketika aksi separuh masa pertama, Malaysia kelihatan agak sukar untuk menembusi barisan pertahanan Laos yang berjaya mengekang gerakan pemain Malaysia. Beberapa gerakan cantik daripada Faisal Halim juga sering terlepas begitu sahaja.  

Malaysia terpaksa menunggu sehingga minit ke-29 apabila Sergio Aguero menjaringkan gol pertama buat tuan rumah. Malaysia terus menyusun gerakan untuk menambah jaringan. 

Bermula babak kedua, ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon melakukan beberapa pertukaran pemain bagi mengubah taktikal permainan untuk menambah jaringan. Apa yang dilakukan oleh Pan-gon ternyata memberi impak positif apabila bahagian serangan lebih berbahaya. 



Faisal yang beberapa kali mempunyai peluang terbaik sebelum ini akhirnya berjaya mencetak dua jaringan dalam masa 5 minit hasil tandukan selepas menerima hantaran cantik dari rakan sepasukan pada minit ke-63 dan ke-68. 

Tidak lama selepas itu, penyokong Malaysia terus bersorak gembira apabila pemain gantian Haqimi Azim Rosli menambah jaringan keempat Malaysia pada minit ke-77 dan Stuart Wilkin menutup kemenangan dengan jaringan kelima pada minit ke-87 hasil jaringan cantik dari luar kotak penalti. 

Malaysia akan bertemu Vietnam dalam perlawanan ketiga dan kemenangan sangat penting namun lawan yang akan dihadapi juga sebuah pasukan yang kuat. 

Dapat mencuri satu mata di tempat lawan juga adalah kelebihan kepada kem Malaysia untuk memastikan peluang ke pusingan seterusnya terjamin. - KitaReporters


Foto Kredit : FB FAM

13
10
0
8
0
You will be interested