Seni & Sukan 11 Nov, 2022

Ziarah kasih Keluarga Malaysia! Kelab Sahoca Bikers Legends santuni anak syurga! Di SK Padang Terap!

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this


Sebahagian pelajar anak syurga Sekolah Kebangsaan Padang Terap (SKPT) dengan guru dan pembantu mereka.


MEREKA juga punya hati. Ada perasaan untuk hidup gembira seperti kanak-kanak normal. Mereka mahu dibelai dan dikasihi. Menikmati kegembiraan tanpa batas.

Dan kepada kita masyarakat yang prihatin mereka menagih kasih sayang. Meluangkan sedikit waktu bersama mereka sudah memadai. 

Menyedari hakikat itu Kelab Sahoca Bikers Legends mengambil inisiatif menyantuni para pelajar anak syurga di Sekolah Kebangsaan Padang Terap (SKPT) di Padang Terap, Kedah bagi memenuhi tanggungjawab sosial mereka terhadap anak-anak syurga anugerah Allah. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan anak-anak syurga

Ahli-ahli Kelab Sahoca Bikers Legends bergambar kenangan di hadapan sekolah.


"Kami terpanggil menyantuni anak-anak syurga ini kerana merasakan mereka juga berhak untuk dikasihi dan disayangi.

"Mereka juga perlu diberi ruang untuk bersama masyarakat luar bagi menikmati saat saat yang menggembirakan mereka," kata Faizal Mat selaku Ketua Konvoi Kasih Prihatin Anak Syurga Kelab Sahoca Bikers Legends kali ini dengan dibantu oleh Vykry Samsuri serta 11 orang ahli Sahoca Bikers yang lain.


Suasana dalam kelas anak-anak syurga kelas Cikgu Suzana Abd Hamid. 


Majlis berlangsung di dua kelas PPSI, Sk Padang Terap. Kelas ini adalah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) iaitu program di bawah sekolah awam yang menempatkan murid-murid OKU terdiri daripada murid-murid ADHD, Sindrom Downs, spastik, terencat akal dan lain-lain

Program ini adalah untuk menyedarkan masyarakat akan hak-hak OKU khasnya anak-anak syurga ini yang mereka tidak lagi ketinggalan dari segi sosial dan pendidikan. 

Menurut Faizal, inilah antara aktiviti berterusan Sahoca Bikers dalam membantu masyarakat supaya sedar akan tanggungjawab mereka terhadap masyakat terutama menyantuni anak-anak syurga ini. 

"Banyak aktiviti kemasyarakatan yang dibuat oleh pelbagai NGO dan persatuan tetapi kami memilih untuk menyantuni anak-anak syurga ini untuk menggembirakan mereka dengan cara kami," ujar Faizal lagi. 


Agihan makanan oleh Cikgu Suzana dan ahli-ahli Sahoca Bikers.


Menurut Faizal, membawa motosikal berkuasa tinggi juga salah satu cara menggembirakan anak-anak syurga ini. 

"Kami sangat gembira melihat anak-anak ini ketawa riang bergambar dengan motosikal. Ada yang minta naik duduk atas motosikal dan ada yang bergaya seolah-olah sedang menunggang motosikal sambil menekan minyak," tambah Faizal mengingatkan gelagat mereka. 

Pada masa sama mereka disajikan dengan makanan ringan KFC dan diberi sedikit wang saku. Juga dihadiahkan belon sambil membuat aktiviti dalam kelas. 


Rayyan teruja dapat duduk di atas motosikal berkuasa tinggi. Anak syurga ini mengidap penyakit sakit jantung.


Perkara sama turut dikongsi oleh Penolong Kanan Ko-Korikulum SKPT, Suzana Abd Hamid yang sangat bersyukur dengan kunjungan Sahoca Bikers. 

"Sebelum ini ramai juga masyarakat yang menyantuni anak-anak syurga di sini. Tapi kunjungan Sahoca Bikers membawa kelainan yang belum dibuat di sini. 

"Anak-anak syurga SKPT sangat teruja dengan kehadiran mereka dan jelas terbayang kegembiraan pada wajah masing-masing," kata Suzana. 

Selain menjamu mereka dengan KFC, sumbangan wang tunai, gula-gula dan belon, anak-anak tersebut teruja kerana diberi peluang bergambar dengan motosikal besar. 

"Mendengar bunyi moto masuk ke kawasan srkolah melompat mereka dalam kelas. Seronok sungguh sampai saya sendiri rasa sebak,"  ujar Suzana lagi. 


Ahli-ahli Kelab Sahoca Bikers Legends bergambar bersama dengan tenaga pengajar SKPT.


Cikgu Suzana Abd Hamid


Sekolah tersebut mempunyak 39 orang pelajar PPSI dengan 5 tenaga pengajar dan 2 pembantu. 

Walaupun bergerak dalam keadaan agak sesak dengan tenaga pengajar yang terhad Suzana berkata, setakat ini anak-anak yang belajar di sini mendapat perhatian dan pembelajaran yang baik. 

"Bagaimana pun jika boleh dinaik taraf dan ditambah tenaga pengajar saya yakin pembelajaran mereka alan lebih teratur dan sempurna," kata Suzana yang sudah 13 tahun mengajar di SKPT. 

Suzana bersyukur dan berterima kasih kepada Kelab Sahoca Bikers Legends yang sudi datang dan menyantuni anak anak syurga di SKPT. 

"Ramai yang telah datang. Tetapi sekadar hantar sumbangan tapi tidak menyeluruh. Namun berbeza dengan Sahoca Bikers Legend, semua dapat, makanan, wang tunai dan dilayan bermain dan bergurau. 

"Nampak sangat kelainan Sahoca Bikers menggembirakan mereka," jelas Suzana. 


Seronok menjamu selera.


Seronok beraksi menunggang motosikal berkuasa tinggi


Sehubungan itu Suzana berharap lebih ramai NGO dan penyumbang datang dengan pelbagai aktiviti dan idea supaya anak anak ini tidak merasa tersisih. 

Setiap pelajar PPKI dan pelajar anak yatim mendapat satu pek KFC, keropok, coklat dan gula-gula, belon, 2 set permainan badminton dan 70 pek rempah Adabi. 

Dua pelajar terpilih juga turut menerima 2 pasang telekung wakaf sumbangan Telekung Siti Aishah. 

Event Kelab Sahoca Bikers Legend ini diketuai Faizal Mat dan dibantu oleh Vykry Samsuri. - KitaReporters


 

13
15
0
14
0
You will be interested