Seni & Sukan 01 Aug, 2023

Video| Terima kasih DTC Motors, Md Afendi Wahid! Bell Ngasri dapat kereta impian! Mini Cooper Clubman!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Sudah lama Bell Ngasri (Nasrizal Ngasri), 42, mengidamkan untuk memiliki kereta sports Mini Cooper Clubman, namun ia dipendam kerana kereta itu termasuk dalam kategori mewah walaupun bentuknya comel.

Namun kalau sudah rezeki, kereta impiannya diperoleh tanpa diduga.

Bell gembira menerina sebuah kereta daripada DTC Motors

Sebuah Mini Cooper Clubman berwarna kuning jingga berharga lebih RM200,000 diserah kepada Bell pada kira-kira jam 11 pagi Isnin, 31 Julai 2023 oleh Pengarah Urusan DTC Motors, Md Afendi Wahid. Kereta itu diberi waranti selama 5 tahun dan servis percuma selama setahun.

Bell sekeluarga sampai ke pusat kenderaan DNS Motors dengan menaiki campervan atau motorhome berwarna hitam dengan Bell turut membawa dua pialanya dalam kantong plastik hitam dan dinanti oleh sejumlah peminat.

Pada Ahad, Bell menghadiri majlis promosi di Jom Heboh, Pulau Pinang dan hanya tidur sejam sebelum pergi menerima hadiah kereta. 

Turut hadir ialah keempat-empat DJ Bekpes Hot FM iaitu KJ (Khairy Jamaludin Abu Bakar), Johan (Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz, AG (Muhammad Azmir Selamat) dan Fara Fauzana Mohd Fadzil yang bergegas ke pusat pameran DNS Motors di Jalan Ampang, Kuala Lumpur sebaik menghabiskan tugas di konti pada jam 10 pagi.



Hadiah berupa kereta dicetus oleh segmen Bekpes Hot FM pada Isnin 24 Julai 2023 setelah pihak penganjur ABPBH ke-35 tidak menyediakan hadiah tambahan kereta seperti kebiasaannya bagi pemenang ‘Anugerah Bintang Paling Popular’.

Lalu KJ mengemukakan permintaan jika ada peminat Bell yang sedia menghadiahkan kereta. Tidak lama selepas itu seorang peminat Bell menelefon. Dia merupakan Pengarah Urusan DNS Motors, Md Afendi Wahid.

Md Afendi Wahid


Selain menjadi kenalan Bell, Afendi juga peminat setia Bell sejak lama dahulu dan kebetulan anak-anak mereka berada di sekolah yang sama. Justeru, Afendi secara spontan membuat panggilan ke Hot FM ketika Bell sedang ditemu bual oleh para DJ Hot Bespes. 

Menurut Afendi, hadiah itu adalah sumbangan DTC Motors dan Thefemar Cosmetics milik isterinya.



Bagi Bell hadiah itu akan menjadi pencetus baginya melakukan perkara kebaikan dalam bidang seni. Dia berazam untuk menyimpan kereta itu hingga ke akhir hayat walaupun mempunyai kereta-kereta lain.

Selain itu Bell menyatakan dia bersedia menjadi duta DTC Motors secara percuma sebagai tanda terima kasih dan membantu syarikat menjual kereta milik Bumiputera agar lebih berjaya. 

DTC Motors yang ditubuh pada 1984 bermula di Kampung Pandan, Kuala Lumpur dan mula berpindah ke kawasan lebih luas di  Lot 240,  Jalan Ampang sejak tahun 2022. DTC Motors bercadang untuk membuka beberapa cawangan di seluruh negara. - KitaReporters


13
13
0
13
0
You will be interested