Seni & Sukan 27 Aug, 2023

Video| Diana Danielle dah move on Bersama Dengan Rindu! Akui lakukan kesilapan! Langgar tempoh edah!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this


BELUM masuk sebulan artis kelahiran Texas, Amerika Syarikat, Diana Danielle Danny Beeson, 32, sah bercerai dengan pelakon Farid Kamil Zahari, 42, pada 11 Ogos 2023 lalu, malah masih dalam edah, beliau kini sudah tampil dengan single Melayu pertamanya bersama Universal Music Malaysia berjudul ‘Bersama Dengan Rindu’.

Ironinya judul lagu tersebut seolah membayangkan kerinduannya untuk kembali bersama insan yang dicintai bagi mengikat kembali kasih sayang yang telah dibina selama 11 tahun sejak bergelar ‘isteri’ pada November 2012, namun terlerai sudah.

Mungkinkah ini petanda Diana Danielle sudah sejuk hati dan ingin kembali ke pangkuan bekas suami yang dirindui?

“Memang lagu ini menceritakan mengenai cinta yang semakin lama semakin jauh atau renggang. Ia menggambarkan perasaan perit apabila kehilangan orang yang dicintai dan harapan yang masih ada walaupun ditinggalkan. 

"Namun tiada  kena mengena dengan sesiapa,” ujar Diana menolak sebarang spekulasi berhubung lagu tersebut yang dianggap ramai mungkin ada kaitan dengan kisah perceraiannya.



Diana yang ditemui media pada majlis pelancaran lagu ‘Bersama Dengan Rindu’ baru-baru ini berpendapat lagu berkonsepkan ‘patah hati’ berkenaan dipilih kerana suka dengan melodi dan lirik hasil ciptaan Ezra Kong itu. 

“Saya memang suka lagu begini, jadi sebab itu saya nak keluarkan lagu sedih. Jalan cerita memaparkan pasangan yang awalnya gembira, tapi lama kelamaan lelaki itu semakin jauh, ambil kesempatan dan terus menghilang.

“Tapi walaupun saya suka lagu sedih, saya tak suka pengakhiran yang terlalu berat sebelah, saya perlu letakkan sedikit keadilan. Jadi, dalam MV ini pada hujungnya ada ‘plot twist’ yang mana perempuan tu tidak terus menunggu tapi terus move on. 

"Biarpun lelaki itu cuba kembali, tapi perempuan itu tetap dengan pendiriannya,” ulas Diana panjang lebar.



Melihat pada penampilannya yang segar dan ceria barangkali Diana memang sudah ‘move on’ cuma tanpa disedari penampilannya membuka pandangan netizen bahawa beliau tidak menghormati tempoh edahnya.  

Memohon maaf atas kekhilafannya itu Diana akui tersilap langkah waima lapornya, ini pertama kali beliau melalui situasi perceraian dan tidak sedar tentang tempoh edah tersebut.

Pun begitu, pastinya, Diana berharap lagu ‘Bersama Dengan Rindu’ yang sudah pun dilancarkan sejak 4 Ogos 2023 lalu itu dapat mengubati hati mereka yang dalam fasa ‘patah hati’.



Kembali bercerita mengenai pengalamannya merakamkan lagu setelah 8 tahun sejak kali terakhir tidak mengeluarkan lagu bahasa Melayu baharu, Diana berkata, “Dari segi proses rakaman lagu, ia sangat lancar dan laju. Saya rakam dalam masa kurang dua jam. Ezra pun sangat cekap dan profesional. Dalam masa sama, saya pula banyak perlukan ‘guide’ dan bantuan."

Menurut ibu kepada dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8, ini, proses rakaman MV juga hanya ambil masa sehari memandangkan jalan cerita pun ‘straight forward’ saja dan produksi pun agak ‘simple’. 

“Semua lancar. Saya pula dah pernah bekerja dengan mereka sebelumnya, jadi saya yakin dengan mereka. Cuma, kita berdepan sedikit cabaran yang mana atas beberapa sebab kita terpaksa buat penggambaran semula MV, tapi ia bukan masalah besar,” jelas Diana sambil mendedahkan bahawa lagu tersebut sepatutnya dilancar beberapa bulan lebih awal tetapi disebabkan sedikit pertukaran ia terpaksa ditangguhkan hingga sekarang.

Sehubungan kelewatan itu, Diana berpendapat apa yang berlaku semuanya bersebab dan hikmahnya rakaman muzik video (MV) pun menjadi lebih baik.


Bersama dua anak kesayangannya, Muhammad dan Nur Aurora yang kini dibawah jagaan Diana. - Foto Kredit: IG @dianadanielleb.


Mengenai konsep MV yang ditampilkan, Diana berkata, selari dengan lirik lagu, ia mengenai seseorang yang patah hati.

“Harapan untuk lagu, saya hanya harap peminat dapat terima saya sebagai penyanyi. Sebab orang lebih mengenali saya sebagai pelakon. Harapnya semakin ramai orang boleh dengar dan ‘enjoy’ dengan lagu ini,” jelas Diana dengan harapan lagunya dapat mengubati hati mereka yang dalam fasa patah hati, merindukan seseorang atau masih meletakkan harapan pada seseorang. 

“Saya juga harap suatu hari nanti dapat membuatkan orang ketawa dan menangis dengan lagu serta ‘enjoy’ perjalanan muzik saya,” akiri Pelakon Wanita Terbaik Filem pada  Anugerah Skrin ke-24 untuk filem ‘Go & Gincu Vol 2 ini. - KitaReporters

23
25
0
25
0
You will be interested